Pelbagai tindakan dan keputusan kerajaan untuk mentransformasi perkhidmatan teksi adalah untuk memastikan industri itu terus berdaya maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata industri teksi telah memainkan peranan penting sebagai mod pengangkutan batu pertama dan terakhir di negara ini namun perkhidmatannya perlu ditingkatkan lagi dengan amalan perniagaan terkini dan sejajar kemajuan teknologi.
Dalam catatan di laman blog www.najibrazak.com, beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah yang membantutkan perkhidmatan teksi seperti model perniagaan yang lapuk, kos pengendalian melebihi pendapatan serta kualiti pemandu dan piawaian kenderaan.
Masalah lain ialah ketiadaan pengawasan berpusat, persepsi umum tidak memuaskan dan cabaran inovasi baharu seperti 'e-hailing'.
"Banyak inisiatif yang telah kita jalankan untuk membantu industri teksi mengatasi masalah ini serta meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi seiring dengan Rancangan Transformasi Teksi," katanya.
Antaranya, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma), Teksi 1Malaysia (TEKS1M), Semakan Kadar Tambang 2015 dan Makmal Industri Teksi 2015, kata Najib.
Beliau menjelaskan inisiatif Program Transformasi Industri Teksi yang diluluskan Kabinet pada Ogos lepas, hasil Makmal Industri Teksi 2015, adalah untuk membawa perubahan menyeluruh kepada perkhidmatan itu.
"Bukan sahaja dari segi kawal selia, tetapi juga rombakan model perniagaan seiring kemajuan inovasi dan teknologi, yang seterusnya membolehkan persaingan lebih adil di antara semua pemberi perkhidmatan teksi negara," katanya.
Berhubung status perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar, perdana menteri berkata kelulusan yang diberi telah meletakkan kedua-dua perkhidmatan itu di bawah kawal selia Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan disertai beberapa syarat tertentu.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa keputusan ini diambil bukanlah untuk kepentingan mana-mana satu pihak. Sebaliknya, ia diambil untuk menggalakkan keusahawanan dan inovasi, memungkinkan perubahan lebih besar berlaku dalam usaha kita mentransformasi perkhidmatan teksi secara keseluruhannya," katanya.
Najib berkata Program Transformasi Industri Teksi juga melibatkan inisiatif untuk memelihara kebajikan pemandu teksi melalui penyeragaman kontrak pajak, pembukaan permohonan lesen teksi individu, memperluas senarai kereta layak sebagai teksi dengan mementingkan ciri keselamatan, serta meletakkan KPI ke atas syarikat teksi.
Selain itu, SPAD akan merasionalisasi tambang teksi dengan menyeragamkan tambang teksi bermeter, menyemak semula sistem kupon supaya berasaskan jarak dan bukan lagi zon, serta membenarkan tambang dinamik, yang memberi kebebasan buat pemandu teksi mengguna dan memilih tambang yang ditetapkan perkhidmatan e-hailing.
Kata perdana menteri, meskipun SPAD ditugaskan untuk mengetuai perubahan dalam industri teksi, tetapi transformasi menyeluruh hanya boleh dilakukan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.
"Hakikatnya, setiap perubahan itu tentu melalui pelbagai cabaran. Apatah lagi bila kita ingin mentransformasikan sebuah perkhidmatan yang telah bertapak bertahun lamanya dan begitu selesa dengan cara tradisional.
"Untuk maju, kita harus bergerak seiring dengan teknologi dan inovasi semasa dan perlu sentiasa fokus untuk menjadikan perkhidmatan kita mesra pengguna dan maju setaraf dengan negara lain di dunia," katanya. - Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016
Meskipun SPAD ditugaskan untuk mengetuai perubahan dalam industri teksi, tetapi transformasi menyeluruh hanya boleh dilakukan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO
Asyraf berkata, perkara itu nyata telah menongkah arus tren pembangunan ekonomi semasa negara-negara jiran di rantau ini.
Belanjawan 2021: Peruntukan RM7.35 bilion untuk KKR jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi - Fadillah
Peruntukan itu membabitkan RM 6.088 bilion bagi Bajet Pembangunan dan RM1.26 bilion (pengurusan).
PRN Sabah: Golongan muda mahu isu capaian internet, infrastruktur di Sabah diselesaikan
Pemimpin yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Sabah perlu melihat isu infrastruktur dan capaian internet di negeri itu ditingkatkan.
Minggu penting untuk rancangan infrastruktur - Trump
Presiden AS Donald Trump menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penting buat rancangan infrastrukturnya yang menjangkakan perbelanjaan AS$1.5 trillion selama sedekad.