KUALA LUMPUR: PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.
Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Kumpulan TransNusa Datuk Bernard Francis berkata syarikat penerbangannya telah mula menjual tiket untuk laluan baharu itu pada 9 Ogos lepas.
Syarikat penerbangan itu akan memperkenalkan satu penerbangan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta pada 12.30 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru pada 3 petang.
Pesawat yang sama akan berlepas dari Johor pada 3.30 petang dan tiba di Jakarta pada 4.20 petang waktu Indonesia.
"Masa kami dibuat berdasarkan pelancong dan pengembara yang menjadi sasaran. Oleh itu, kami akan memberi tumpuan bagi menyediakan penumpang dengan opsyen tambahan pada sebelah petang," katanya dalam satu taklimat media secara maya.
TransNusa akan menggunakan laluan baharu itu lima kali seminggu.
"Memandangkan terdapat permintaan yang sangat rendah pada Selasa serta Rabu, kami akan menjadualkan penerbangan kami pada hari Isnin, Khamis Jumaat, Sabtu dan Ahad," jelasnya, sambil menambah bahawa menjelang November tahun ini, TransNusa bercadang untuk memperkenalkan satu penerbangan setiap hari bagi laluan tersebut.
Berharga RM199 untuk tiket sehala, tempat duduk TransNusa Airlines adalah antara yang paling berpatutan di pasaran Malaysia.
Syarikat penerbangan itu melancarkan laluan antarabangsa pertamanya dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada April tahun ini dan baru-baru ini telah meningkatkan kekerapan penerbangan hariannya daripada dua kepada empat kali sehari untuk menyediakan penumpang berpotensi dengan sebanyak mungkin pilihan penerbangan.
Bernard berkata TransNusa sedang merancang memperkenalkan laluan ketiga antara Jakarta serta Malaysia, dan pada masa ini, syarikat penerbangan itu sedang mengkaji kemungkinan melancarkan laluan Jakarta-Melaka.
"Pada masa ini, syarikat penerbangan itu sedang menjalankan kajian kemungkinan dan kami akan membuat pengumuman yang diperlukan tepat pada masanya jika semuanya berjalan lancar," katanya sambil menambah TransNusa mungkin akan memperkenalkan laluan baharu ketiga dari Jakarta ke Malaysia menjelang akhir tahun ini.
TransNusa telah mencatatkan prestasi ketepatan jadual sebanyak 94 peratus dengan sejumlah 312 penerbangan yang berjaya mulai 23 April hingga 23 Jun 2023.
"Mengenai mengapa terdapat kelewatan sebanyak 6 peratus dalam penerbangan, kelewatan itu tidak dapat dielakkan kerana corak cuaca yang tidak selamat, gangguan lapangan terbang serta trafik yang padat," katanya.
Bernard menegaskan walaupun tiket syarikat penerbangan itu agak rendah dan berpatutan, ia tidak bermakna TransNusa merupakan syarikat penerbangan tambang murah.
Beliau berkata dalam pasaran domestik Indonesia, ia adalah syarikat penerbangan tambang rendah tetapi selepas ia membuat penstrukturan semula pada 10 bulan lepas, TransNusa, dengan pengurusan baharu telah memulakan tahun ini sebagai syarikat penerbangan premium untuk penerbangan antarabangsanya.
"Kami mentakrifkan semula diri kami sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan premium di pasaran seluruh dunia kerana kami menggunakan model perniagaan baharu yang menawarkan produk serta perkhidmatan setanding dengan yang dibekalkan oleh syarikat penerbangan komersial perkhidmatan penuh dan lebih baik daripada yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang rendah," jelasnya. .
Beliau menegaskan perkhidmatan premium hanya ditawarkan kepada penumpang antarabangsa dan pada masa yang sama, beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah untuk perkhidmatan domestik.
TransNusa memperkenalkan perkhidmatan premium pada suku kedua.
Katanya lagi, sebagai sebahagian daripada tawaran premium, TransNusa akan berlepas dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa utama selain menawarkan polisi bayaran balik yang fleksibel, membolehkan penumpang mendapatkan bayaran balik dengan mudah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Bernard berkata syarikat penerbangannya telah mula menjual tiket untuk laluan baharu itu pada 9 Ogos lepas.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
TransNusa Indonesia sedia lancar laluan Jakarta-Johor Bahru mulai 7 Sept
PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.
Dua pesawat Indonesia rosak teruk selepas bertembung di landasan
49 penumpang dan tujuh anak kapal Batik Air berada dalam keadaan selamat dan diterbangkan menggunakan pesawat gantian.