awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler bawa kren tersangkut bawah jejantas pejalan kaki

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/02/2020
11:42 MYT
Treler bawa kren tersangkut bawah jejantas pejalan kaki
Akibat rempuhan itu, struktur jejantas tesebut telah senget dan hampir tercabut. - Foto JBPM
Sebuah treler yang membawa kren 'tersangkut' di bawah jejantas pejalan kaki berketinggian 5 meter di Pengkalan Weld, George Town pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, treler yang membawa muatan melebihi paras ketinggian itu gagal melepasi jejantas menyebabkan pemandu lori terpaksa menghentikan kenderaan.
Akibat rempuhan itu, struktur jejantas tesebut telah senget dan hampir tercabut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santung ketika di hubungi memaklumkan treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari Tanjung Tokong menuju ke Butterworth.
Kejadian menyebabkan aliran trafik di dua-dua hala hadapan terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda sesak teruk kerana satu laluan di situ terhalang.
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu treler berusia 30-an tidak menyedari muatan yang dibawanya telah tersangkut ketika melalui kawasan tersebut.
Pemandu itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan pihak bomba menerima panggilan telefon jam 4.29 petang berhubung kejadian itu.
Jentera dari Balai Bomba Lebuh Pantai bersama anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapti bahagian atas treler berkenaan tersangkut.
Setakat ini tiada mangsa dilaporkan cedera dan usaha mengalihkan kenderaan tersebut sedang dilakukan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Sementara itu, MBPP dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pemotongan wayar utiliti yang terikat dengan struktur jejantas berkenaan sedang giat dijalankan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) bagi membolehkan kerja perobohan struktur jejantas dimulakan.
Proses perobohan dan pengalihan struktur jejantas dijangka akan dilakukan malam ini.
Kerja-kerja merobohkan jejantas dilakukan demi keselamatan orang awam terutamanya pengguna jalan raya.
Orang awam juga dinasihati supaya berhati-hati di jalan raya dan mematuhi arahan anggota keselamatan di tempat kejadian memandangkan keadaan trafik di kawasan tersebut agak sesak.
Topic Berkaitan
#JBPM
#jejantas pejalan kaki
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#MBPP
#Pengkalan Weld
#Telekom Malaysia
#Tenaga Nasional Berhad
#treler bawa kren
#treler sangkut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan