awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler bawa tangki muatan asid Hidroklorik terbalik langgar lori 10 tan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/09/2024
23:50 MYT
Treler bawa tangki muatan asid Hidroklorik terbalik langgar lori 10 tan
Sebuah tangki muatan asid Hidroklorik terbalik selepas treler yang membawanya terlanggar sebuah lori 10 tan yang terletak di tepi jalan di Jalan Simpang Pulai – Pengkalan Pegoh, Pasir Putih, malam tadi.
IPOH: Sebuah tangki muatan asid Hidroklorik terbalik selepas treler yang membawanya terlanggar sebuah lori 10 tan yang terletak di tepi jalan di Jalan Simpang Pulai – Pengkalan Pegoh, Pasir Putih di sini, malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kebocoron asid dilaporkan berlaku dan pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.54 malam.
“Kemalangan melibatkan sebuah treler membawa tangki muatan asid Hidroklorik melanggar sebuah lori 10 tan yang berada di tepi jalan menyebabkan tangki muatan asid tersebut terbalik ke tepi jalan.
“Terdapat seorang mangsa pemandu treler mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke klinik oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Menurutnya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah memantau kerja-kerja pemindahan asid oleh syarikat berkenaan dari tangki yang terbalik ke tangki lain yang dibawa oleh sebuah treler.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azmil Kamaludin tamat sepenuhnya pada jam 2.14 pagi.
Topic Berkaitan
#tangki tebalik
#asid hidroklorik
#Hazmat
#pemandu treler cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan