LOS ANGELES: Selepas pelancaran treler pertama dua tahun lalu, penerbit Warner Bros. Pictures akhirnya menayangkan treler penuh filem adiwira The Flash di laman YouTube Comicbook, hari ini.
Meskipun dihimpit kontroversi membuat kecoh di pusat hiburan awal tahun lalu, pelakon tampan Ezra Miller kekal memegang watak utama sebagai Barry Allen dalam filem arahan Andy Muschietti.
Treler memperlihatkan Barry kembali ke garis masa di mana ibunya masih hidup bersuara, "Anda boleh pergi ke mana-mana. Garis masa lain. Alam semesta lain. Jadi mengapa anda mahu kekal dan berjuang untuk menyelamatkan yang ini?"
Barry menjawab “Kerana ini tempat tinggal ibu saya. Saya tidak akan kehilangan dia lagi," Memandangkan Barry mahu kembali ke masa lalu untuk membetulkan keadaan, Bruce Wayne dari Ben Affleck memberi amaran bahawa Barry juga boleh memusnahkan segala-galanya.
The Flash dibintangi oleh para pelakon hebat antaranya Sasha Calle sebagai Supergirl, Michael Shannon sebagai General Zod, Ron Livingston sebagai Henry Allen, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Kiersey Clemons sebagai Iris West, Antje Traue, Saoirse-Monica Jackson, Rudy Mancuso, Luke Brandon Field, Michael Keaton sebagai Batman, dan Ben Affleck sebagai Bruce Wayne/Batman (DCEU).
Filem adiwira ini juga menyaksikan Barbara Muschietti dan Michael Disco bertindak sebagai penerbit, lakon layar adalah oleh Christina Hodson, jalan cerita oleh John Francis Daley, Jonathan Goldstein dan Joby Harold manakala Toby Emmerich, Galen Vaisman, Walter Hamada dan Marianne Jenkins. bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.
Filem "The Flash" terbitan Warner Bros ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 16 Jun 2023.
Faida Rahim
Mon Feb 13 2023
Penerbit filem 'The Flash', Warner Bros mengumumkan filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 16 Jun 2023.- IMDB
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Treler penuh 'The Flash' bikin ramai tidak sabar, tayangan di seluruh dunia bermula 16 Jun depan
Selepas pelancaran treler pertama dua tahun lalu, penerbit Warner Bros. Pictures akhirnya menayangkan treler penuh filem adiwira 'The Flash di laman Youtube Comicbook, hari ini.
JLo, Ben Affleck berkahwin sekali lagi
Majlis perkahwinan kali ini berlangsung di kediaman Affleck dan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck
Cinta yang pernah terjalin 20 tahun lalu kini direalisasikan mereka dalam perkahwinan.
Jennifer Lopez dan Ben Affleck umum bertunang sekali lagi!
Bennifer bertemu buat pertama kali menerusi penggambaran filem Gigli pada 2001.
Zack Snyder's Justice League lebih epik, tidak seperti yang anda bayangkan
Zack Snyder's Justice League akan mula ditayangkan di 18 Mac 2021 secara penstriman di HBO Max.
Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman
Pelakon filem yang popular dengan filem sekuel Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan bakal memegang watak Batman.
Actor Casey Affleck withdraws as 2018 Oscar presenter
Affleck, 42, was expected to present this year's best actress award in keeping with Academy of Motion Picture Arts and Sciences tradition.
Ben Affleck, Jennifer Garner failkan penceraian
Pasangan itu memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis atas sebab tiada persefahaman.
Justice League lancar trailer pertama, peminat tanya di mana Superman?
Filem terbitan DC itu bakal ditayangkan di pawagam pada 17 November ini.
Wajah sedih Ben Affleck apabila filem 'Batman vs Superman' dikritik
Hashtag #sadfleck trending apabila Ben Affleck menunjukkan memek muka sedih apabila ditanya tentang kritikan yang diterima filem 'Batman vs Superman'.