[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Tren kargo tergelincir: Pengguna luah kebimbangan perancangan perjalanan terjejas

Madiha Abdullah 28/10/2016 | 03:17 MYT
Kerja-kerja mengalih gerabak yang telah tergelincir sedang giat dijalankan. - Foto Bernama
Sekitar jam 3 pagi tadi, 21 gerabak tren kargo, dua daripadanya lokomotif, tergelincir dari landasan di Kampung Bakap, Batu Gajah.
Biarpun tiada kemalangan jiwa, ia tetap mencetuskan kebimbangan lain dalam kalangan pengguna terutama sekali menjelang cuti perayaan Deepavali.
Ramai warga kota akan mula meninggalkan Kuala Lumpur petang ini dan bagi yang menggunakan perkhidmatan keretapi dan tren, tentunya risau jika perancangan mereka akan tergendala.
Ada yang memilih membatalkan tempahan tiket keretapi dan pulang ke kampung menggunakan pengangkutan lain seperti bas ekspres.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan KTM Berhad, penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh mendapatkan pemulangan wang di kaunter tiket stesen-stesen berdekatan.
Penumpang tren ETS yang menggunakan laluan itu pula akan dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas dan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing menggunakan tren.
Difahamkan, ketika kejadian, tren berkenaan dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Ipoh, dan tidak membawa muatan.
Kerja-kerja mengalih gerabak yang telah tergelincir sedang giat dijalankan.
#KTMB #tren kargo tergelincir