Menghantar anak ke institusi tahfiz atau pondok kini menjadi trend dalam kalangan ibu bapa Muslim yang semakin sedar akan manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata menjadi harapan setiap ibu bapa untuk mempunyai anak yang soleh, namun adalah kurang sesuai jika anak-anak yang masih terlalu kecil sudah dihantar ke pusat tahfiz dan perlu tinggal di asrama.
"Bagi seorang Muslim, jika tidak cemerlang dalam bidang akademik pun tapi mampu menguasai ilmu agama pada tahap terbaik di samping berjaya menghafaz senaskhah al-Quran, mereka sudah boleh dianggap berjaya.
"Namun pada usia enam, tujuh tahun anak-anak ini masih memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa setiap masa dan kebanyakannya masih belum mampu menguruskan diri sendiri dengan baik dan sempurna," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata tindakan itu juga akan menambah bebanan kepada pihak pengurusan pusat tahfiz terutama para tenaga pengajar kerana perlu memberikan tumpuan khusus dan melayan pelajar-pelajar yang masih kecil dengan lebih istimewa.
"Bagi saya 13 tahun ke atas adalah tahap umur terbaik untuk menghantar anak-anak ke pusat tahfiz dan pilihlah pusat yang berdaftar dengan kerajaan kerana di sana mereka mempunyai kemudahan lebih baik dan tidak akan tercicir daripada menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan," katanya.
Menurut Dr Salmee, Kedah merupakan antara negeri yang mempunyai banyak pusat tahfiz dan pondok khusus untuk pembelajaran ilmu agama yang sering menjadi pilihan ramai ibu bapa termasuk dari luar negeri ini.
"Terdapat 75 pusat tahfiz dengan lebih 5,000 pelajar di Kedah dan itu yang sudah berdaftar dengan kerajaan, yang belum mendaftar pun sangat banyak lagi, manakala pondok ada 26 yang berdaftar setakat ini," katanya.
Melontarkan pandangan berbeza, Pengetua Madrasah Tahfiz Taufiqillah, Auzaid Ismail menegaskan, pengambilan pelajar tahfiz pada usia seawal tujuh tahun lebih relevan memandangkan usaha melentur buluh lebih mudah jika bermula daripada rebungnya.
"Anak-anak kecil lebih mudah dibentuk dan kenakalan mereka ini tidak sama dengan remaja belasan tahun kerana pada usia itu kebanyakannya sudah pandai membantah dan melawan," katanya yang mempunyai lebih 50 pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun di pusat tahfiznya di Wang Tepus, Jitra.
Dalam pada itu, Auzaid berkata ibu bapa juga perlu sedar bahawa institusi pengajian agama itu bukanlah pusat pemulihan akhlak dan jika anak-anak bermasalah, mereka harus dihantar ke tempat yang sepatutnya, bukan 'dilonggokkan' di pondok atau pusat tahfiz sehingga memberi kesan kepada pihak lain.
"Anak-anak tahfiz juga perlu dididik supaya menganggap setiap rakan mereka seperti keluarga sendiri dan bila dah macam adik-beradik, risiko buli dapat dikurangkan atau memang tak akan timbul langsung," katanya yang turut mengusahakan produk berasaskan madu kelulut untuk menampung kos pengurusan pusat tahfiznya.
Auzaid berkata perkara yang boleh menimbulkan fitnah juga harus dielakkan seperti menyuruh pelajar meminta derma di luar pusat tahfiz kerana ia akan mendedahkan mereka dengan pelbagai gejala negatif.
"Bila mereka keluar dan berpeluang bergaul dengan ramai remaja lain, mungkin ada yang bermasalah dan akan mempengaruhi mereka. Kita tidak mahu akhlak anak-anak tahfiz terjejas dan kita mahu al-Quran sentiasa di dada, jadi mereka perlu tumpukan kepada pengajian semata-mata," katanya.
Sementara itu bagi Asmanizam Mohd Isa, 43, beliau menghantar kesemua tiga anaknya ke pusat tahfiz selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan seorang daripada anaknya kini sedang meneruskan pengajian agama di sebuah pesantren atau pondok di Indonesia.
"Harapan saya adalah supaya anak-anak faham hukum agama dan setakat ini saya bersyukur dan berpuas hati dengan akhlak mereka kerana bila ditegur mereka tidak melawan dan jika balik bercuti, budaya tahfiz itu dibawa ke rumah, mereka tidak keluar sembarangan hingga menimbulkan kebimbangan keluarga.
"Saya juga tidak rasa ibu bapa boleh lepas tangan dalam mendidik selepas menghantar anak-anak ke pusat tahfiz. Mendidik adalah tanggungjawab bersama dan peranan ibu bapalah yang paling penting untuk menjadikan anak-anak itu sebagai insan yang cemerlang," kata ibu berasal dari Sungai Petani itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Pada usia enam atau tujuh tahun, anak-anak ini masih memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa dan kebanyakannya masih belum mampu menguruskan diri sendiri dengan baik. - Gambar hiasan
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.
KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.