'AKUSTIK CINTA AUTISTIK'
InTrend: Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai - boleh Zarina kongsikan, apakah kelebihan dan keterbatasan masing-masing? Bagaimana Zarina lihat pasangan kembar autisme ini saling melengkapi?
Zarina Zainuddin: Ya, meski kedua-duanya anak autisme, saya bersyukur, Tuhan mengurniai beberapa kelebihan tidak tersangka. Muhammad Raizal (Azal) ini berdikari orangnya, pandai membawa diri, rajin bangun pagi, rajin juga bersolat Subuh. Kalau di set penggambaran, Azal akan menunaikan solat apabila tiba waktunya, tidak perlu disuruh-suruh. Skrip lakonan saya, dialah yang menandanya. Bangun pagi-pagi, dia pasti mengetuk pintu kamar tidur saya lantas berteriak, "Ibu, ibu shooting pukul berapa? Ibu sudah solatkah? Mana skrip ibu? Apa lagi barang yang ibu nak bawa ke tempat shooting?"
Azal anak yang prihatin, penyayang. Dialah orangnya yang menyuapkan ubat kepada abangnya selalu. Abang pula, Muhammad Razil Azrai (Azil) masih bergantung pada ubat, namun saya tidak lagi mengizinkan Azil mengambil ubat sekerap dulu. Meski arahan doktor menetapkan bahawa ubat perlu dimakan dua kali sehari (setiap pagi dan malam), tetapi sekarang saya membenarkan Azil mengambilnya separuh sahaja. "Apa sebenarnya kesan ubat ini?" Itulah persoalan yang selalu berlegar dalam fikiran saya.
*NOTA KAKI: Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh team InTrend Malaysia yang telah menggerakkan usaha mematerialkan segmen ini. Semoga kita terus dihujani sari ilham yang baik-baik dalam pengkaryaan, dan terus juga diizin Allah untuk bertemu dengan lebih ramai insan pembakar inspirasi.