adele-41.jpg

Penyanyi Adele berjaya menarik perhatian dunia apabila dia melancarkan single terbarunya Hello. Single Hello yang dimut naik di laman YouTube pada Jumaat lepas, berjaya meraih lebih 100 juta tontonan. Nampaknya Adele memecah rekod tontonan paling tinggi mengatasi muzik video Bad Blood Taylor Swift dan Gentleman Psy's. Baru sahaja dilancarkan, kini single Hello berada di tangga pertama dalam carta Billboard.com.
Video berdurasi enam minit itu turut menampilkan pelakon, Tristan Wilds sebagai watak utama. Hello adalah single pertama dari album ketiga Adele bertajuk 25 yang akan berada di pasaran 20 November ini. Lagu berkenaan ditulis sendiri oleh Adele bersama Greg Kurstin empat tahun selepas penyanyi berusia 27 tahun tersebut menyepikan diri. Sekian lamanya menunggu akhirnya, peminat Adele meraihkan kemunculan semula penyanyi ini dengan album terbarunya.