MALAYSIA
Tribunal Hak Asasi Manusia mungkin benar siasat kes NFA kematian Beng Hock

M. Kulasegaran berkata, jawatankuasa kajian yang ditubuhkan juga meneliti mempertimbangkan pelaksanaan syor dan dapatan Suhakam - Foto/fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Tribunal Hak Asasi Manusia dijangka memberi ruang kepada kes pencabulan hak asasi untuk dibawa semula bagi siasatan dan pendengaran, termasuk yang diklasifikasi sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA) seperti kematian Teoh Beng Hock.
Ringkasan AI
- Cadangan penubuhan Tribunal Hak Asasi Manusia dijangka membolehkan semula siasatan dan pendengaran kes pencabulan hak asasi termasuk yang diklasifikasi sebagai "tiada tindakan lanjut" seperti kematian Teoh Beng Hock.
- Jawatankuasa Kajian Kebolehlaksanaan Tribunal Hak Asasi Manusia (JKKTHAM) ditubuhkan pada Jun 2025 dan sedang menjalankan kajian yang dijangka siap Oktober 2025, termasuk meneliti syor SUHAKAM serta pandangan pihak berkepentingan.
- Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi memberi jaminan bahawa tribunal ini akan berasaskan perundangan kukuh, selari dengan Perlembagaan dan mengambil kira pematuhan kepada syariah Islam.
"Saya berpandangan adalah penting syor-syor atau pandangan Suhakam tidak dibiarkan dengan begitu sahaja tetapi dilaksanakan.
"Khusus kepada apa yang ditanya (kematian Beng Hock), saya percaya apabila ia mencabuli hak asasi, saya rasa perkara itu adalah dirangkumi dalam tribunal bila ia ditubuhkan.
"Walaupun pada setakat ini, ia terlalu awal untuk dikatakan kerana kerangka, asas dan paremeter belum lagi ditentukan. Itulah sebabnya kita melakukan libat urus dengan pihak berkepentingan. Tetapi saya sependapat dengan Yang Berhormat bahawa perkara-perkara ini boleh disiasat dan tindakan susulan boleh diambil," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang bertanyakan apakah kes seperti kematian Beng Hock, boleh didengarkan semula jika Tribunal Hak Asasi Manusia ditubuhkan kelak.
Beng Hock ditemui maut pada 16 Julai 2009 di bangunan Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14, bangunan sama.
Suhakam sebelum ini menggesa Pejabat Peguam Negara (AGC) dan polis mengkaji semula keputusan mengklasifikasikan kematian Beng Hock sebagai NFA.
Menjawab soalan asal Teresa pula, Kulasegaran memaklumkan Jawatankuasa Kajian Kebolehlaksanaan Tribunal Hak Asasi Manusia (JKKTHAM) telah ditubuhkan pada Jun 2025.
Katanya kajian kebolehlaksanaan penubuhan tribunal berkenaan telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Oktober 2025.
Selain itu, JKKTHAM ini juga meneliti pelbagai perspektif, pandangan dan input berkaitan aspek-aspek yang relevan dengan usaha ini, tambah Kulasegaran.
Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan bahawa penubuhan tribunal adalah selari dengan Perlembagaan, serta mengambil kira pandangan dan aspek pematuhan kepada syariah Islam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami