PENULARAN wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya ekoran dikategorikan sebagai satu penemuan baharu.
Seperti negara lain, Malaysia juga pernah diuji dengan beberapa wabak atau serangan virus yang bukan sahaja membimbangkan masyarakat pada ketika itu, malah sehingga kini masih ada yang berpotensi menjadi mangsa jangkitan.
BACA: Trivia: Ini 5 wabak paling dahsyat dalam sejarah manusia
Ekoran itu, seluruh tenaga kerja pihak kerajaan bekerja keras menanganinya termasuk kepakaran dan sistem kesihatan negara.
Berikut Astro AWANI senaraikan lima wabak virus yang pernah menjangkiti rakyat Malaysia.
1) Virus Nipah
Tahun 1999 menyaksikan satu tragedi hitam berlaku di Negeri Sembilan apabila dilaporkan satu penularan virus baharu diberi nama, virus Nipah bersempena lokasi virus itu berpunca.
Penularan virus ditemui di Kampung Sungai Nipah dan Bukit Pelandok itu dipercayai mengorbankan seramai 105 orang.
Memetik laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, penyakit Nipah ini dikaitkan dengan gangguan pada sistem pernafasan babi, dan adakalanya melibatkan gangguan sistem saraf dan kematian dalam ternakan tersebut.
Jangkitan turut dilaporkan dalam kambing, biri-biri, anjing, kucing dan kuda.
Virus dari genus Henipavirus (keluarga paramxyoviridae) disahkan sebagai penyebab kepada wabak ini, yang juga mempunyai persamaan dengan virus Hendra menyebabkan jangkitan pada manusia dan kuda di Australia pada tahun 1994.
Keluang dari genus pteropus pula telah dikenal pasti sebagai perumah semula jadi untuk virus ini.
Di sebalik misteri penyakit itu, seorang individu dikenali Dr. Chua Kaw Bing merupakan doktor yang berjaya merungkai dan menamatkan kegilaan penyakit misteri itu di Malaysia.
Penyakit Nipah telah disenaraikan dalam Penyakit Wajib Lapor yang diwartakan di bawah Akta Binatang 1953 perkara 31(1) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
World Organisation for Animal Health (OIE) telah mengisytiharkan Malaysia bebas Nipah pada awal tahun 2001.
2) Denggi, Zika, Chikungunya dan JE
Ini pula merupakan empat jenis wabak berbeza yang pernah menjangkiti rakyat Malaysia, namun berpunca dari satu bawaan yang sama iaitu serangga nyamuk.
Denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit sendi-sendi dan ruam.
Penyakit demam denggi ini mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi.
Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di George Town, Pulau Pinang.
Manakala, Zika pula merujuk kepada penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).
Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.
BACA: Zika masuk Malaysia: 5 perkara anda perlu tahu [KEMASKINI]
Sementara itu, penyakit Chikungunya juga berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.
Ia boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
Memetik info kesihatan dikeluarkan Hospital Kuala Penyu, perbezaanya dengan denggi adalah Chikungunya tidak ada pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian.
Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa tujuh hari.
Bagi penyakit Japanese Encephalitis atau JE ini pula, ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culicine iaitu Culex tritaeniorhynchus, Culex vishnui, Culex gelidus dan Culex fuscocephala yang dijangkiti virus JE.
Khinzir dan pelbagai burung liar akan dijangkiti penyakit JE terlebih dahulu sebelum virus JE menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk.
Di Malaysia, kes JE dilaporkan secara sporadik (kes-kes terpencil) dan kes pertama telah dicatatkan oleh Cruikshank pada tahun 1951 di mana berlaku kejadian wabak di kalangan banduan British semasa Perang Dunia Kedua.
BACA: Situasi JE di Sarawak dipantau rapi
3) Selesema burung
Bagi mereka yang masih ingat akan wabak selsema burung ini, pasti tahu akan peristiwa ini kerana virus dikenali Influenza H5N1 ini menyerang sumber makanan daging utama iaitu burung-burung domestik seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda.
Berdasarkan laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, selesema burung disebabkan oleh virus Avian Influenza (AI) yang biasanya boleh berjangkit kepada burung.
Malaysia bebas dari penyakit selesema burung sehingga Ogos 2004 apabila kes pertama dikesan di Kelantan.
Penyakit ini telah berjaya dibenteras dengan segera dan Malaysia diiktiraf bebas dari penyakit ini pada 5 Januari 2005.
Kes terpencil sekali lagi dilaporkan kira-kira satu tahun kemudian di Kuala Lumpur.
4) Influenza A H1N1 (Selesema babi)
Pakar siasat mengidentifikasikan jenis virus selesema babi pertama kali pada 2009 di Mexico.
Ia juga dikenali sebagai selesema H1N1 kerana ia mempamerkan dua antigen permukaan utama, iaitu H1 (jenis hemagglutinin) dan N1 (jenis neuraminidase 1).
Dalam erti kata lain, ia sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1) dan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza).
BACA: KKM perlukan masa kumpul data jumlah pesakit Influenza A - Menteri Kesihatan
5) MERS-Cov
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2018 memaklumkan mengenai satu kes jangkitan ‘Middle East Respiratory Syndrom’ atau Sindrom Pernafasan Akut Timur Tengah (MERS-CoV) di Malaysia.
Ia melibatkan seorang lelaki Melayu warga Malaysia berusia 55 tahun, berasal dari Selangor. Hasil siasatan mendapati beliau baru pulang ke Malaysia dari mengerjakan umrah dan tiba di Malaysia pada 23 Disember 2017. Pada 24 Disember 2017, beliau mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki.
Merujuk kepada laporan daripada pihak WHO, sehingga kini punca jangkitan sebenar dan cara jangkitan bagi penyakit MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti.
Namun, aktiviti seperti menyentuh haiwan terutama unta, memakan atau meminum sebarang produk mentah atau tidak dimasak dengan sempurna yang melibatkan unta seperti susu, daging, air kencing adalah berisiko untuk mendapat jangkitan MERS-CoV.
Selain lima wabak berkenaan, KKM juga menyenaraikan beberapa penyakit berjangkit yang dikenali di negara ini.
Antaranya HIV, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), penyakit meningitis dan jangkitan bakteria Chlamydia.
Seperti di negara-negara lain, Malaysia juga sedang berperang dengan pandemik yang masih menjadi tanda tanya akan puncanya iaitu koronavirus baharu atau COVID-19.
Virus jenis korona ini mula merebak pada hujung tahun 2019 dan kini telah meragut lebih 284,000 nyawa.
Sehingga kini, para saintis di seluruh dunia sedang berusaha membangunkan vaksin bagi merawat virus korona misteri ini.
Najmi Syahiran Mamat
Wed May 13 2020

Seperti negara lain, Malaysia juga pernah diuji dengan beberapa wabak atau serangan virus yang mencetus kebimbangan. - Gambar Astro AWANI

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Kes kematian akibat denggi meningkat 400 peratus berbanding tahun lepas - Zahid Hamidi
Peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun 2022.

Denggi: Perak rekod peningkatan kumulatif kes 376 peratus
Penurunan kes sebanyak 27.6 peratus itu menunjukkan situasi demam denggi di Perak masih terkawal selain ia tidak merekodkan sebarang kes kematian.

Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan
Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

Kes demam denggi di Selangor dijangka meningkat 150 peratus
Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius.

Kontraktor pembersihan, sekolah disaran kawal pembiakan nyamuk - KP Kesihatan
Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.

Kes demam denggi meningkat 3.5 peratus minggu lepas
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi meningkat 4.2 peratus minggu lepas
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan lima kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.