awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dikecam selepas muat naik imej AI dirinya sebagai Paus

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2025
00:20 MYT
Trump dikecam selepas muat naik imej AI dirinya sebagai Paus
Imej tersebut, yang dikongsi di platform Truth Social, menunjukkan Trump mengenakan jubah putih dan mitra Paus, dengan salib besar tergantung di lehernya. - Foto X/@TrumpDailyPosts
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerima kecaman selepas memuat naik imej yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) yang menggambarkan dirinya sebagai Paus, hanya beberapa minggu selepas kematian Pope Francis.
Imej tersebut, yang dikongsi di platform Truth Social dan kemudian disiarkan semula oleh akaun rasmi White Hous di X, menunjukkan Trump mengenakan jubah putih dan mitra Paus, dengan salib besar tergantung di lehernya.
Tindakan ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut Katolik, terutamanya di New York.
Persidangan Katolik Negeri New York mengkritik Trump kerana "mempermainkan kepercayaan".
“Tiada apa yang bijak atau lucu tentang imej ini, Encik Presiden,” tulis kumpulan itu di X.
“Kami baru sahaja mengebumikan Pope Francis, dan para kardinal akan memasuki konklaf untuk memilih penggantinya. Jangan mempermainkan kami.”
Bekas Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi, turut mengecam tindakan Trump, dan menyifatkannya sebagai "menghina institusi dan memperolokkan kepercayaan".
Namun, White House menafikan dakwaan bahawa Trump cuba mengejek kepausan.
“Presiden Trump terbang ke Itali untuk memberi penghormatan kepada Pope Francis dan menghadiri pengebumiannya, dan beliau telah menjadi penyokong kuat kebebasan beragama,” kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.
Kontroversi ini berlaku di tengah-tengah persiapan Vatican untuk konklaf yang akan bermula pada 7 Mei bagi memilih pengganti Pope Francis.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#paus
#AI
#Pope Francis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami