awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti teras BN diharap terus diperkukuh - Ahmad Zahid
Kerajaan terus komited perkasa pembangunan infrastruktur luar bandar
Masters Indonesia: Lawan tarik diri, Pearly Tan-M Thinaah dinobat juara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuan Ibrahim nafi Kelantan bakal tenggelam, tiada kesan mendapan seperti Jakarta

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2022
01:00 MYT
Tuan Ibrahim nafi Kelantan bakal tenggelam, tiada kesan mendapan seperti Jakarta
TUAN IBRAHIM: Kelantan memang mempunyai bekalan air bawah tanah yang tertinggi iaitu kira-kira 70 peratus tapi kita hanya guna tiga peratus sahaja. -Gambar fail/Astro AWANI
KOTA BHARU: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta akibat penggunaan air bawah tanah.
Tuan Ibrahim berkata, Kelantan hanya menggunakan tiga peratus daripada air bawah tanah dan ia tidak akan memberi kesan kepada aspek geologi seperti yang didakwa.
"Kelantan memang mempunyai bekalan air bawah tanah yang tertinggi iaitu kira-kira 70 peratus tapi kita hanya guna tiga peratus sahaja.
"Daripada pemantauan yang dibuat di bawah agensi kita, kesannya tidak seperti yang didakwa.
"Cuma yang ada peningkatan kemasukan air masin sahaja tetapi tiada berlaku mendapan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah kajian yang dikongsikan beberapa media bahawa Kelantan bakal mengalami nasib yang sama seperti Jakarta ekoran penggunaan air bawah tanah yang tinggi.
Kajian Pensyarah Tinjauan Universiti Otago, New Zealand, Dr Yong Chien Zheng yang berdasarkan data GPS (Global Positioning System) itu menunjukkan sebahagian tanah di Kelantan tenggelam sehingga 4.22mm setahun akibat pengambilan air bawah tanah.
Menurut Yong, walaupun data yang tidak mencukupi menyukarkan penentuan punca utama, namun terdapat korelasi yang tinggi antara penenggelaman tanah atau bangunan ke paras yang lebih rendah dengan pengekstrakan air bawah tanah.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata setakat ini Kelantan hanya mengambil air bawah tanah di kawasan pinggir pantai sahaja seperti di daerah Bachok.
"Apa yang kita kesan cuma kadar air masin masuk lebih daripada biasa. Sebab itu kita bina penghadang untuk menyekat kemasukan air masin ke loji kita di Pengkalan Datu.
"Setakat ini tiada kesan apa pun dan kita tidak terima sebarang laporan yang mengatakan ada berlaku mendapan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Jakarta
#air bawah tanah
#Yong Chien Zheng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan