awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia

Bernama
Bernama
21/09/2022
06:57 MYT
Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (tiga, kiri) berkenan berangkat ke majlis perasmian Bangunan Pusat Jagaan Harian BebeLEC di Jalan Lang, Padang Tembak Ipoh hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan bangunan Pusat Jagaan Harian BebeLEC khusus untuk pesakit demensia seperti Alzheimer di Jalan Lang, Padang Tembak di sini hari ini.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan melancarkan buku panduan ringkas berkaitan demensia bertajuk 'Adakah Sifat Pelupa Sesuatu Yang Normal?'.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon, isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubin dan Pengerusi Pertubuhan Dimensia Perak Prof Dr Esther Ebenezer.
Pusat jagaan harian itu yang mula beroperasi pada Julai tahun lepas mempunyai seramai 20 pesakit demensia berusia antara 60 hingga 93 tahun dengan dijaga oleh beberapa sukarelawan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Sementara itu, Esther dalam sidang media selepas majlis itu berkata jumlah pesakit Alzheimer di Malaysia mungkin mencecah 260,000 orang menjelang 2030.
Esther berkata terdapat 126,000 pesakit demensia yang direkodkan pada 2020 dan penyakit itu boleh dihidapi oleh individu yang berusia seawal 50-an.
"Ada beberapa simptom awal tahap demensia seperti individu itu sering kali lupa membuat pembayaran bil, lupa mengenai sesuatu janji temu atau cenderung melakukan perkara yang sama berulang kali manakala tahap yang paling teruk adalah apabila individu itu memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya dalam menguruskan penjagaan asas harian.
"Penting untuk mereka yang mempunyai simptom awal mendapatkan diagnosis yang tepat pada peringkat awal ini bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan untuk menangani gejala dan mengekalkan kualiti hidup," katanya.
Penyakit Alzheimer ialah penyakit neurodegeneratif, atau penyusutan sel saraf otak yang berlaku secara berperingkat dan progresif dan merupakan punca utama demensia, iaitu pelbagai gejala atau sindrom yang timbul disebabkan oleh kemerosotan fungsi otak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Perak
#Tuanku Zara Salim
#Pusat Jagaan Harian BebeLEC
#Demensia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan