Kerajaan negeri Sabah hari ini mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak penyakit selesema burung.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata ini susulan pemantauan berterusan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar ke atas beberapa ladang dan sampel yang diuji Selasa lepas yang mendapati sebuah ladang di daerah itu merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.
"Sebagai langkah membendung wabak ini daripada merebak ke daerah lain, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan melaksanakan pelupusan semua unggas yang terdapat di kawasan sekitar satu kilometer radius dari lokasi penyakit dikesan.
"Jarak untuk pelupusan unggas ini akan diperluas sehingga lima kilometer radius sekiranya hasil survelan mendapati sampel positif di luar kawasan satu kilometer tersebut. Kita akan memastikan tidak ada unggas dibawa keluar dari kawasan wabak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Wong juga memohon penternak unggas di Sabah agar memaklumkan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah sekiranya terdapat kematian ayam melebihi tiga peratus pada satu-satu masa di kawasan masing-masing.
Pada masa sama beliau meminta orang ramai tidak risau mengenai wabak tersebut memandangkan kawasan berkenaan akan dikawal sepenuhnya dalam tempoh sebulan.
"Daging ayam dan telur yang dijual di pasaran adalah selamat untuk dimakan disebabkan telah melalui pemeriksaan yang ketat sebelum dipasarkan. Memasak dengan sempurna adalah perlu oleh kerana virus amat mudah dimusnahkan dengan haba," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 03 2018
Jabatan veterinar akan memastikan tidak ada unggas dibawa keluar dari kawasan wabak yang dikenal pasti. - Gambar fail
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada malam sabtu, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Malaysia bebas penyakit anthrax - Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) hari ini mengesahkan tiada sebarang laporan penyakit anthrax di Malaysia ketika ini.
15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.
Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Import lembu, kerbau dari Australia digantung sementara - DVS
Terdapat penemuan tanda-tanda jangkitan LSD oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang diimport negara itu dari Australia.
Persijilan logo halal Jakim tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS
Persijilan logo halal Jakim adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia.
JPV terima aduan kes rasmi penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras
JPV telah menerima aduan rasmi pada 24 Mac lepas berhubung kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras 11 Mac lepas.
Jangan bimbang makan daging 'import', BSE jenis H tidak sebabkan penyakit pada manusia
DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehubungan itu, orang awam tidak perlu bimbang tentang pengambilan daging atau produk lembu dari luar negara.
Kerja musnahkan populasi babi dijangkiti ASF di Kerian selesai - DVS
DVS memaklumkan penyitaan, penutupan dan proses disinfeksi ke atas dua ladang babi komersial pula sedang dijalankan.