awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tubuh berkecai diseret 43KM

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2014
03:13 MYT
Tubuh berkecai diseret 43KM
Anggota keluarga mangsa kemalangan langgar lari menuntut jenazah untuk dikebumikan di Kampung Serdang Kedah, semasa tiba di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun. --fotoBERNAMA
Kepala, kaki kiri, badan dan tangan bertaburan di KM317 berhampiran Tapah manakala cebisan daging, tulang dan kaki kanan ditemui di susur keluar ke Ipoh di KM274.2 Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), dalam satu nahas ngeri pada awal pagi Rabu.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, mangsa Ahmad Mahamud, 25, yang menunggang motosikal terlibat dalam kemungkinan satu kes kemalangan langgar lari yang menyebabkan tubuh mangsa diseret sejauh 43 kilometer.
Mangsa ketika itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah ke tempat kerja di kilang PROTON Tanjung Malim.
Cebisan tubuh mangsa dan bangkai motosikal ditemui pekerja PLUS yang kemudian menghubungi polis ekoran tidak menemui badan manusia berhampiran lokasi penemuan.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata kepada Harian Metro, polis dan pekerja PLUS kemudian meyusuri laluan lebuh raya arah selatan bagi mencari tubuh mangsa.
“Mangsa dipercayai dilanggar kenderaan berat yang masih gagal dikesan sehingga kini, dan polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada ia kemalangan biasa atau ada juga kemungkinan ia kes langgar lari,” tambah beliau.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#kemalangan ngeri
#Lebuh Raya Utara-Selatan
#mangsa berkecai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan