awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM bakal dilengkapi pesawat tempur ringan, jet latihan lanjutan baharu - PTU

Fareez Azman
Fareez Azman
18/12/2020
06:15 MYT
TUDM bakal dilengkapi pesawat tempur ringan, jet latihan lanjutan baharu - PTU
Jelas Ackbal, penambahan aset itu sejajar dengan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55. - Bernama
SUBANG:Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka dilengkapi pesawat tempur ringan (LCA) dan Jet Latihan Lanjutan (FLIT) dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.
Menurut Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, ia selepas kerajaan meluluskan pembelian aset berkenaan bagi menggantikan pesawat jenis Hawk 108 dan Hawk 208.
"Seiring dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) kita merancang untuk memperolehi 36 buah dengan diperoleh secara berfasa. Namun ia bergantung kepada kewangan dan jumlah yang diluluskan nanti," katanya.
Dalam pada itu, Ackbal turut menjelaskan penukaran itu dibuat selepas pesawat jenis Hawk yang digunakan dalam latihan sudah berkhidmat lebih 23 tahun dalam TUDM.
"Pesawat Hawk ini sudah 23 tahun, kita berhadapan dengan isu airframe, jika nak ditingkatkan keupayaan pun pesawat ini sudah berusia 25 tahun, itu antara sebab kita akan tukarkan dengan LCA/FLIT yang baharu," katanya lagi.
Tambahnya lagi, penambahan aset itu sejajar dengan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55.
"CAP55 adalah perancangan jangka masa panjang TUDM selama 35 tahun, dan ia dipecahkan kepada tiga fasa. 10 tahun pertama bermula 2021 sehingga 2030, fasa pertama adalah fasa khidmat paling kritikal.
"Ini kerana banyak aset utama TUDM melakukan tugas-tugas utama melebihi 20 tahun ke atas dan yang 30 tahun. Dalam fasa pertama CAP55, banyak perancangan kita untuk menggantikan aset seperti pesawat Hawk," katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tahun 2020 di Pangkalan Udara TUDM pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#TUDM
#Pesawat tempur ringan
#LCA
#Jet latihan lanjutan
#FLIT
#Ketenteraan
#udara
#CAP55
#ATM
#pertahanan negara
#Malaysia
#kerajaan
#aset
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan