Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menubuhkan sebuah Pasukan Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat insiden pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, pagi Jumaat.
Pasukan itu diketuai pegawai kanan TUDM yang merupakan seorang juruterbang berpangkat Kolonel dan akan dibantu oleh empat ahli terdiri dari juruterbang, jurutera dan seorang doktor perubatan, kata Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata setakat ini, masih terlalu awal untuk menentukan punca sebenar insiden itu berlaku di mana siasatan terperinci perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mengakibatkan kejadian tersebut.
VIDEO: Pesawat TUDM mendarat cemas
FOTO: Pesawat TUDM buat pendaratan cemas
BACA: Pencari siput lemas ketika cuba hampiri pesawat TUDM
BACA: Najib mahu punca pesawat TUDM mendarat cemas disiasat secepat mungkin
Pasukan siasatan itu ditubuhkan bagi melihat daripada pelbagai aspek sebelum membuat rumusan punca insiden tersebut, katanya.
Roslan berkata empat dari lapan anak kapal yang terlibat dalam insiden itu diberikan rawatan sebagai pesakit luar oleh doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sudah dibenarkan pulang.
"Empat lagi dimasukkan ke wad di Hospital ATM untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut," katanya, sambil menambah bahawa mereka berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) akan membuat penilaian bagi menentukan langkah-langkah dan usaha untuk membawa keluar pesawat itu dari kawasan insiden, dengan secepat mungkin.
Pada masa sama, Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) selaku pengurus konfigurasi sistem pesawat pula dipertanggungjawabkan menyelaras segala keperluan bantuan teknikal atau pakar yang sewajarnya daripada agensi-agensi luar TUDM untuk tujuan menganalisa dan mengenal pasti punca kejadian, katanya.
Roslan berkata MPBU juga akan membantu MPOU dalam mengkoordinasikan bantuan agensi luar yang berkaitan dalam usaha untuk membawa keluar pesawat tersebut daripada lokasi kejadian.
Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abu Hassan Abd Latib, penduduk tempatan yang meninggal dunia setelah lemas semasa merentasi tali air untuk bergegas ke lokasi kejadian.
Roslan berkata ketika kejadian, mangsa gagal berenang disebabkan oleh faktor sedutan daripada sistem perparitan di kawasan berkenaan.
"Sebagai penghargaan dan untuk meringankan beban waris keluarga mangsa, TUDM telah menghulurkan sumbangan bantuan kewangan yang telah disampaikan oleh wakil TUDM kepada keluarga Allahyarham dan memberi bantuan untuk urusan pengebumian jenazah petang tadi (Jumaat)," katanya.
Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, pesawat yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.
Kesemua anak kapal selamat, selepas dibantu nelayan tempatan di kawasan itu.
Bernama
Fri Feb 26 2016

Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, pesawat yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor. - Gambar Fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Data penerbangan CN235 siap dimuat turun
Data penerbangan dalam pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini siap dimuat turun untuk proses analisis.

CN235: Anak kapal cedera dibenar pulang, kotak hitam dihantar ke Bandung
TUDM memaklumkan perakam data penerbangan dan data suara pesawat berkenaan telah dihantar ke Bandung, Indonesia untuk dianalisis bersama dua pegawai TUDM.

Kotak hitam pesawat CN235 milik TUDM ditemui
Kotak hitam berkenaan ditemui pada petang Sabtu lepas oleh pasukan penyiasatan insiden pesawat itu.

TUDM tubuh Lembaga Penyiasatan berhubung pesawat CN235 mendarat cemas di Kuala Selangor
Pasukan itu diketuai pegawai kanan TUDM yang merupakan seorang juruterbang berpangkat Kolonel dan akan dibantu oleh empat ahli terdiri dari juruterbang, jurutera dan seorang doktor perubatan.