awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduh hakim dibeli, penghinaan tertinggi sistem kehakiman

Bernama
Bernama
17/03/2015
00:02 MYT
Tuduh hakim dibeli, penghinaan tertinggi sistem kehakiman
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata sikap pembangkang yang menuduh para hakim telah dibeli atau tunduk kepada kehendak politik kerajaan adalah penghinaan tertinggi kepada sistem kehakiman negara. -Gambar fail
Tindakan terlalu 'memberi muka' kepada pemimpin pembangkang telah menyebabkan mereka semakin hilang rasa hormat kepada institusi kehakiman negara.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata sikap pembangkang yang menuduh para hakim telah dibeli atau tunduk kepada kehendak politik kerajaan adalah penghinaan tertinggi kepada sistem kehakiman yang bebas dan telus.
Ini kerana, katanya, kes perbicaraan melibatkan anggota Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah dibicarakan dengan seadilnya.
"Perlu dilihat (anggota Parlimen) Permatang Pauh sudah diberi peluang dan ruang untuk membela diri termasuk membolehkan pasukan pendakwa raya melakukan pemeriksaan balas tetapi malangnya pilihan itu tidak diambil Permatang Pauh.
"Sebagai seorang yang kononnya mendakwa telah difitnah dan dijebak dalam konspirasi politik, seseorang itu pasti melakukan apa saja bagi membersihkan namanya," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Dewan Rakyat pada Isnin.
Justeru Ikmal Hisham menggesa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan tegas kepada pemimpin pembangkang yang terus menghina institusi kehakiman dan mempolitikkan keputusan mahkamah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#hakim
#Ikmal Hisham Abdul Aziz
#Ketua Pembangkang
#sistem kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan