awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduh PM enggan dikuarantin, Mohd Puad Zarkashi dituntut mohon maaf

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2021
11:37 MYT
Tuduh PM enggan dikuarantin,  Mohd Puad Zarkashi dituntut mohon maaf
Perdana Menteri telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat 5 Februari 2020. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Datuk Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka susulan dakwaannya bahawa perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, PMO menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu gagal berbuat demikian.
Jelas kenyataan itu, Perdana Menteri telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat 5 Februari 2021.
Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah.
Kenyataan juga menyebut, fitnah yang dilemparkan Mohd Puad itu adalah berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Malaysia
#majlis tertinggi
#UMNO
#Jakarta
#Indonesia
#Puad Zarkashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan