awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuduh polis tendang motosikal: Siasatan 7 lelaki halang tugas penjawat awam selesai

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/01/2021
09:41 MYT
Tuduh polis tendang motosikal: Siasatan 7 lelaki halang tugas penjawat awam selesai
Perbuatan itu berlaku susulan kejadian kemalangan kira-kira jam 5.20 petang Ahad lepas melibatkan dua remaja lelaki yang menaiki motosikal dengan sebuah kereta. - Gambar/ Ihsan pembaca
GEORGE TOWN:Polis sudah melengkapkan siasatan kes tujuh lelaki yang menghalang tugas penjawat awam ketika kejadian kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, tempoh tahanan reman tujuh lelaki itu juga dilanjutkan dua hari lagi sehingga 23 Januari selepas tempoh reman selama tiga hari sebelum ini berakhir hari ini.
"Setakat ini kertas siasatan sudah siap dan kita sudah serahkan kepada TPR untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak polis menunggu arahan selanjutnya daripada pihak TPR sebelum sebarang tindakan dibuat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Soffian berkata, tujuh lelaki berusia antara 23 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam yang menjalankan kewajipan sah di sisi undang-undang.
Selain itu, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah selain Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.
BACA: Polis siasat insiden dua remaja kemalangan larikan diri daripada polis
Sebelum itu, mereka ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjong Tokong selepas dipercayai menggunakan kekerasan terhadap anggota polis dengan menolak, mengajak bergaduh dan mengeluarkan kata-kata ugutan.
Perbuatan itu berlaku susulan kejadian kemalangan kira-kira jam 5.20 petang Ahad lepas melibatkan dua remaja lelaki yang menaiki motosikal dengan sebuah kereta.
Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal terbabit cuba melarikan diri daripada tiga anggota polis Unit Rondaan Bersepadu (URB) yang membuat rondaan di Jalan Pinang.
Suspek dikatakan mendakwa anggota polis telah menendang motosikal dinaiki dua remaja lelaki itu sehingga menyebabkan kemalangan berkenaan.
Kejadian itu kemudian tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap PDRM.
Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan itu dan memaklumkan dua lelaki berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri daripada anggota URB.
Topic Berkaitan
#polis
#halang tugas
#penjawat awam
#remaja
#kemalangan
#ajak bergaduh
#mengugut
#pulau pinang
#remaja lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan