KUALA LUMPUR: Tuduhan mengatakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun bersubahat melindungi Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) adalah tidak berasas dan berunsur fitnah.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan segala tindakan yang diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Julai 2021 ke atas pusat itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
"Tindakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan fitnah dengan tujuan menjatuhkan reputasi dan menangguk di air yang keruh adalah tidak wajar pada waktu perbicaraan Kes Bella masih lagi berjalan di mahkamah.
"Perbincangan lanjut bersama pihak Jabatan Peguam Negara akan dilaksanakan dan laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dibuat bagi memastikan tuduhan seperti ini tidak berulang lagi," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu merujuk kepada satu hantaran dimuat naik dalam laman Instagram pada 12 Jun lepas yang mempertikaikan tindakan penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda dan menuduh Rina bersubahat melindungi pusat jagaan berkenaan.
KPWKM berkata tindakan penguatkuasaan ke atas Rumah Bonda telah dimulakan sejak Julai tahun lepas dan berdasarkan siasatan didapati ia tidak berdaftar dengan JKM di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) yang merupakan satu kesalahan di bawah akta sama.
"Susulan itu, tindakan lak (seal) terhadap premis berkenaan telah diambil pada 12 Julai selaras dengan Seksyen 16A Akta 506. Kertas siasatan juga telah dibuka dan tindakan kompaun telah diambil selaras dengan seksyen 21A Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 serta dibuat dengan keizinan Pendakwa Raya berdasarkan fakta-fakta kes yang jelas," menurut kenyataan itu lagi.
KPWKM berkata amaun kompaun RM5,000 yang telah dikenakan terhadap pengendali Rumah Bonda adalah amaun kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah Akta 506 dan sekiranya tidak dibayar dalam tempoh ditetapkan, pendakwaan di mahkamah boleh dibuat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Tuduhan mengatakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun bersubahat melindungi Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) adalah tidak berasas dan berunsur fitnah. - Gambar fail/BERNAMA
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Tuduhan bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas, fitnah - KPWKM
KPWKM memaklumkan, segala tindakan yang diambil oleh JKM sejak Julai 2021 ke atas pusat itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.