Ustaz Kazim Elias dari Pusat Pendidikan Al Barakah yang terkenal dengan rancangan kelolaannya iaitu Kalau Dah Jodoh… menegaskan; hubungan pasangan suami isteri perlu berlandaskan agama dan peraturan (antara pasangan) untuk menghindari berlakunya keganasan seksual.
Berdasarkan ayat Al-Quran yang bermaksud, “Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka…” (Surah Al Baqarah, ayat 187).
“Justeru, pakaian perlulah bersih, dibasuh, digosok dan kalau butangnya tertanggal digantilah dengan butang yang baru. Biar nampak molek di pandangan mata. Dikiaskan dalam rumahtangga, hubungan intim itu perlu berlandaskan kasih sayang. Kalau rosak maka hubungan itu tidak ceria, tidak bahagia,” ujarnya.
Selain itu, firman Alah s.w.t yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah lading bagi kamu dan datanglah kepada lading kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki…” (Surah Al Baqarah, ayat 223).
Dan menurut Ibnu Jairi At Tabari, ‘ladang’ bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud perkataan ‘datangilah mengikut yang kamu kehendaki’ ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara, teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan tidak melalui duburnya! Kesimpulan daripada kalimat-kalimat kinayah dalam ayat tersebut mempunyai dua
pengertian:
(1) Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap isteri (kecuali isteri dalam keadaan haid, nifas, puasa di bulan Ramadan dan sebagainya iaitu masa yang dilarang oleh syariat untuk bersetubuh);
(2) Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur).
Ajakan asmara Ditolak Ada Sebabnya…
“Isteri tidak boleh menolak jika suami mengajak untuk berhubungan intim. Jikalau mengikut hukum, boleh dipaksa, namun ini akan menyebabkan ketidakharmonian dalam rumahtangga. Jika ini berlaku, masih ada jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak (suami dan isteri). Pertama, suami perlu menasihatkan isteri mengikut hukum syarak, hukum akal agar isteri lebih memahami tanggungjawabnya dalam melayan suami di kamar tidur. Kedua, jikalau suami masih tidak dapat menasihati isteri, maka boleh minta bantuan daripada ahli keluarga, jika tidak berjaya juga boleh usahakan bertemu dengan jabatan agama, pakar kaunseling dan sebagainya. Ketiga, berpisah tempat tidur dengan isteri yang bertujuan memberi pengajaran. Jika sudah berpisah kamar tidur dalam tempoh yang sepatutnya dan si isteri masih tidak berubah maka isteri boleh dipukul, itu pun dengan sebatang lidi ya!
Ingat, memukul isteri sekadar ingin memberi peringatan dan bukan mencederakannya!”
“Menurut ilmu fekah, tidak akan selesai masalah buruk dengan cara yang buruk. Jika dirujuk hal keganasan seksual antara suami isteri, kita perlu menangani dengan cara lemah-lembut. Bak kata pepatah, memadam api adalah dengan air. Dan bukannya
memadam api dengan api.”
“Jika berlaku situasi yang mana isteri menolak jika diajak berhubungan intim, maka suami perlu memikirkan apa sebabnya? Mungkin isteri keletihan pada hari tersebut, atau isteri tidak tahan dengan tenaga seksual suami yang sentiasa berada di puncak. Yalah, perlu layan kehendak seks suami yang menggila, siapa yang larat? Cubalah si suami fikir-fikirkan.”
Dan setiap daripada orang bujang pasti akan berkahwin akhirnya. Namun, terdapat empat keadaan yang mana kita boleh bantu agar mereka tidak terjebak dalam isu
keganasan seks:
● Jika seseorang itu tidak mampu berkahwin kerana tiada keinginan maka dia perlu
menyibukkan diri dengan beriadah. Dengan melakukan pelbagai aktiviti akan membuatkan dia ‘lupa’ masalah yang dihadapi.
● Jika seseorang itu ada keinginan untuk berkahwin, namun tiada kemampuan daripada segi kewangan maka dia perlu perbanyakkan berpuasa bagi menahan nafsu
syahwatnya.
● Jika seseorang itu ada keinginan dan mampu daripada segi kewangan, namun tidak
berkahwin kerana gemar bertukar pasangan ataupun melanggan pekerja seks/pelacur, maka dia boleh dipaksa untuk berkahwin.
● Jika seseorang itu sudah beristeri tetapi masih belum dapat memenuhi kehendak
nafsunya, maka dia disarankan untuk berpoligami.