awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tuhan terhasil melalui tenaga', Siti Kasim akan dipanggil Jakim

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2017
09:02 MYT
'Tuhan terhasil melalui tenaga', Siti Kasim akan dipanggil Jakim
Jakim akan memanggil Siti Kasim (gambar) untuk mendapatkan keterangan secara terus daripadanya. - Foto: Facebook Siti Kasim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam, Siti Zabedah Kasim, atau Siti Kasim bagi mendapatkan penjelasan beliau tentang satu kenyataan yang dipetik olehnya sebelum ini berkenaan asal usul kewujudan Tuhan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata demikian ketika ditanya tindakan yang boleh diambil pihak berkuasa terhadap peguam berkenaan yang menyebut tentang hal berkaitan Tuhan 'yang berkemungkinan diciptakan oleh 'sesuatu'.
“Kita akan memanggil beliau.
“(Dalam hal) ini ramai yang keliru. Jakim tak ada kuasa untuk menguatkuasa Enakmen Akidah Kuasa Negeri atau mempunyai autoriti berkaitan akidah.
“Apa yang Jakim boleh buat, kita akan panggil dan harap jabatan agama Islam negeri mungkin boleh ambil tindakan. Jakim akan panggil (Siti Kasim). Mungkin dia ini tidak tahu, jadi kita nak tahu apa sebenarnya dari mulut beliau,” ujar Asyraf.
Aktivitis liberal itu dalam satu rancangan temu bual media berbahasa Cina beberapa tahun lalu berkata bahawa beliau berfikir tentang asal usul kewujudan Tuhan.
Katanya, seseorang telah memaklumkan kepada beliau bahawa Tuhan itu wujud melalui tenaga yang dihasilkan daripada manusia iaitu setiap darinya bergantung sama ada ia mempunyai aura tenaga positif atau negatif.
Siti Kasim seterusnya menyebut sumbernya memberitahu, jika aura tenaga positif yang baik beliau percaya Tuhan yang baik akan dapat dihasilkan, begitu juga sebaliknya.
Menurut Asyraf lagi, kenyataan yang dipetik oleh Siti Kasim itu bercanggah dengan akidah Islam dan bersifat mengelirukan.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#getaran
#Islam
#JAKIM
#Siti Kasim
#tuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan