Seramai 20,000 pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara terpilih untuk menerima bantuan tuisyen percuma bermula Julai ini menerusi program anjuran Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP) Pemuda UMNO.
Pengerusi HELP Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata bantuan tersebut merupakan kesinambungan Program HELP Tuisyen yang bermula sejak 2014, yang mana sehingga kini seramai 12,000 pelajar berjaya dibantu.
"Mereka akan dibantu guru-guru pakar dalam lima subjek utama yang akan disediakan pihak kami secara percuma," katanya ketika ditemui pemberita pada Pertandingan Golf Amal HELP 2017 di Glenmarie Golf and Country Club di sini.
Pertandingan yang bermula sejak awal pagi dan berakhir kira-kira tengah hari tadi turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM685,000 daripada pelbagai syarikat korporat bagi menampung dana program HELP Tuisyen itu.
Turut serta ialah Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Nazir Hussin berkata sehingga kini pihaknya berjaya mengumpul dana RM2.7 juta dan menyasarkan untuk memperoleh RM4 juta sebelum program itu bermula.
Katanya, semua dana itu akan disalurkan kepada 191 kawasan Parlimen yang akan menguruskan segala pembiayaan dan hal berkaitan pemilihan pelajar, guru dan tempat tuisyen.
Sementara itu, Mahdzir dalam ucapannya menyokong program tuisyen percuma anjuran HELP ini dan menganggap ia inisiatif yang sangat baik ke arah pembangunan pendidikan negara.
"Bagi pihak Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan, saya ucap terima kasih kerana mengelolakan program seumpama ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017

Najib menerima cenderahati daripada Nazir Hussin sempena Kejohanan Golf Amal HELP 2017 di Glenmarie Golf and Country Club hari ini. --fotoBERNAMA

Proklamasi Darurat | Ramai takut bersuara mengenai darurat - Tun Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu. Menerusi catatan terbaharu di blognya, Chedet.cc, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka bagaimanapun berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat.

Krisis Air Sabah | Rugutan penduduk bandar Sri Indah Tawau
Susulan pendedahan Astro AWANI di Loji Air Cinta mata mengenai masalah berpanjangan bekalan air bersih. Astro AWANI turut meninjau keadaan penduduk bandar Sri Indah Tawau yang menghadapi kesulitan melakukan aktiviti harian di rumah berikutan masalah bekalan air bersih.

Dr Zulkifli ingatkan agensi kementerian, jangan ditegur Ketua Audit Negara lagi
Dr Zulkifli herap tiada ada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran sedemikian rupa, demi menjaga integriti dan amanah.

Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!
Zon pemburuan makhluk mitos itu adalah di kawasan hutan tebal di pergunungan Ouachita, tenggara Oklahoma.

Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI
Fatimah berkata, pengeluaran hanya mencapai seperlima daripada paras biasa atau 'Business As Usual (BAU) level'.

Kaukus Dewan Negara gesa campur tangan beberapa pihak termasuk GLC dan MNC tangani isu PdPR
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), badan yayasan dan semua wakil rakyat digesa campur tangan dalam menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

Anak, bapa meninggal selang beberapa jam
Anak lelaki mangsa, Zulfahmi Hasbollah, 46, ditemui tidak sedarkan diri di luar bilik mandi rumahnya.

Ada pihak sengaja rosakkan pagar LPT2 untuk buka laluan lembu ragut rumput
Sebanyak 174 kes kerosakan pagar dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak 2017.

AWANI Ringkas: Setahun selepas kes pertama di Malaysia | Tun M: Ramai takut bersuara tentang darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Tuisyen percuma untuk 20,000 pelajar SPM - HELP Pemuda UMNO
Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata bantuan tersebut merupakan kesinambungan Program HELP Tuisyen yang bermula sejak 2014, yang mana sehingga kini seramai 12,000 pelajar berjaya dibantu.