LARUT: Sepasang suami isteri di sini yang tidak mempunyai pilihan terpaksa membawa lima anaknya berhimpit dan tidur dalam kereta sejak seminggu lalu.
Saliza Samat, 38, berkata, dia dan suami, Mohd Hazrul Haris, 43, terpaksa membuat keputusan itu selepas keluar dari kediaman bapa mentua yang ditumpanginya di Kampung Ulu Mengkuang.
Menurutnya, oleh kerana tidak mempunyai arah tujuan dan kekangan wang untuk mencari rumah sewa, mereka tekad tinggal dalam kereta jenis Proton Iswara Aeroback milik suaminya yang diletakkan di belakang deretan bangunan kedai di Jalan Sri Permai, Selama sementara mencari ikhtiar.
"Keputusan keluar dari rumah itu dibuat atas rasa kebaikan semua pihak, sudah lebih setahun kami menumpang di sana, jadi sekarang biarlah kami anak-beranak berdikari.
"Walaupun kami tak cukup wang untuk sewa rumah, kami cuba juga ronda-ronda cari yang sesuai di sekitar pekan ini, namun tidak berhasil.
"Sampailah kami berpakat untuk duduk diam dan tinggal dalam kereta, kami tahu anak-anak tidak selesa, tetapi kami dah tak punya pilihan lain," katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Ujar Saliza, mereka dan anak-anak berusia masing-masing berusia 15, 13, 9, 8, dan 2 tahun hanya sempat tinggal dalam kereta itu selama tiga hari bermula Khamis lalu dan bermalam dua hari sebelum dibantu penduduk setempat.
Ibu kepada lima anak itu memberitahu, sepanjang tempoh berkenaan, mereka membeli makanan di kedai dan menjadikan sungai serta stesen minyak sebagai tempat mandi dan solat.
"Bila malam kami biarkan anak-anak yang tidur, saya dan suami akan berjaga, ada ketikanya bila penat sangat, suami tidur di kaki lima bangunan beralaskan kain.
"Mujurlah anak-anak memahami keadaan ini dan tidak banyak merungut apabila kena tidur dalam kereta dan mandi di stesen minyak," kongsinya.
Mereka sekeluarga sebelum ini menetap di Selangor, namun mengambil keputusan pulang ke kampung selepas suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori hilang pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19.
Jelasnya, dengan duit simpanan hasil pengeluaran i-Sinar dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan yang diperoleh suami sebagai pemegang kad kelainan upaya cacat fizikal, dapatlah menampung perbelanjaan makan minum mereka sekeluarga.
"Saya hanya mengharapkan urusan mencari rumah dipermudahkan supaya anak-anak dapat jalani hidup dalam keadaan selesa dan selamat dan bolehlah kami cari pekerjaan yang sesuai untuk menampung hidup nanti," katanya.
Keadaan keluarga ini mendapat perhatian Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang kemudiannya membantu menyediakan kediaman sewa.
Katanya, kebetulan seorang ahli parti itu menemui keluarga berkenaan dan menempatkan mereka di Pejabat PKR Selama di sini sebelum mencari kediaman lebih selesa untuk didiami.
"Hari ini (Rabu) keluarga ini telahpun dibawa berpindah ke rumah baru mereka di Taman Permai 2, di sini dan kita harap selepas ini mereka dapat memulakan kehidupan dengan lebih baik," katanya.
Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Saliza di talian 010-5114 893 atau sumbangan ke akaun BSN 1012841000062997 atas nama Saliza Samat.
Artikel asal di Sinar Harian: Tujuh beranak berhimpit tidur dalam kereta
Sinar Harian
Wed Jul 07 2021
Keluarga ini mengambil keputusan untuk tinggal dalam kereta kerana kesempitan wang untuk mendapat rumah sewa. -Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Tidur dalam kereta: Baitulmal sedia bantuan rumah
Penyediaan bantuan rumah itu dibuat bersekali dengan kadar sewaan yang ditanggung sepenuhnya oleh Baitulmal.
Tujuh beranak berhimpit tidur dalam kereta
Mereka terpaksa membuat keputusan itu selepas keluar dari kediaman bapa mentua yang ditumpanginya di Kampung Ulu Mengkuang.