Sebanyak tujuh bom lama ditemukan di Terengganu hasil daripada tiga laporan yang diterima dari daerah Kemaman sepanjang 2017 dan kebanyakannya dijumpai di dalam ladang kelapa sawit.
Komander Unit Pemusnahan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, ASP Amin Sidek berkata, walaupun Terengganu bukanlah negeri yang merekodkan penemuan bom lama tertinggi di dalam negara tetapi risiko itu tetap ada memandangkan negeri ini sering mengalami musim tengkujuh yang ekstrem.
"Episod hujan lebat yang berterusan dalam tempoh lama, hakisan dan banjir besar boleh membongkar bom-bom lama ini ke permukaan bumi dan ini yang agak merisaukan kita setiap kali musim tengkujuh.
"Namun, kita bersyukur kerana tiada sebarang kes kecederaan atau kemusnahan harta benda disebabkan bom lama yang dijumpai di seluruh Terengganu setakat ini," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.
Beliau berkata tidak mustahil masih ada lagi bom lama 'tersembunyi jauh dalam perut' bumi Terengganu ini namun belum dijumpai.
Amin berkata: "Masih terlalu banyak kawasan yang belum diterokai di Terengganu bagi tujuan pembangunan. Kemungkinan bom lama akan ditemui ketika melakukan kerja di tapak pembinaan sangat tinggi seperti mana yang berlaku di negeri-negeri maju seperti Johor, Selangor dan Kuala Lumpur sebelum ini."
Beliau sangat berharap agar orang ramai tidak sesekali menyentuh atau mengalihkan bom lama yang dijumpai kerana ia tiada tarikh tamat tempoh dan letupan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
"Pekerja di tapak pembinaan, atau mereka yang berada di lokasi yang baru pulih daripada banjir atau kawasan hakisan misalnya perlu lebih berhati-hati kerana mereka adalah golongan berisiko yang menemui bom lama ini.
Sekiranya terjumpa, jangan panik dan terus hubungi talian kecemasan 999 untuk membolehkan Unit Pemusnah Bom menjalankan tugas mereka dengan pantas dan selamat, katanya.
Ketika ditanya adakah beliau pernah berdepan dengan situasi cemas ketika dalam usaha mematikan bom, Amin yang sentiasa kelihatan tenang berkata, "nyawa kita akan jadi yang terakhir, kepentingan awam sentiasa diutamakan."
Amin yang mempunyai pengalaman 19 tahun dalam bidang persenjataan dan bom, berharap orang ramai tidak cuba 'mempermainkan' anggota polis supaya menjejaki bom yang sengaja direka cerita dengan sewenang-wenangnya
Ia bukan sahaja membuang masa pihak polis yang sepatutnya mempunyai ruang melakukan tugas lain, malah ia membawa padah pada diri sendiri kerana teknologi kini mampu mengesan mereka yang membuat panggilan palsu dan mendakwa mereka.
"Ada ketikanya kami terpaksa melalui pelbagai liku dan jarak jauh hanya kerana mencari kawasan yang dikatakan dijumpai bom tetapi tiada apa-apa malah alamat yang tidak lengkap ekoran rekaan itu membuatkan kami melilau tanpa arah," katanya.
Amin, yang turut mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menghapuskan bom, tidak menafikan beberapa kali berdepan dengan panggilan palsu dan lebih menghampakan apabila mengetahui ia dilakukan oleh kanak-kanak.
"Janganlah sewenang-wenangnya membuat panggilan palsu. Ibu bapa perlu beri kesedaran kepada anak-anak tentang bahaya membuat panggilan palsu sebegini, apatah lagi membabitkan tugasan anggota polis," katanya.
Meskipun berdepan keadaan sebegitu beliau tetap berharap orang ramai tidak melupakan tanggungjawab supaya membuat laporan dengan tepat dan bertekad untuk melindungi orang ramai walau dalam keadaan apa sekalipun. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 29 2018
Amin (dua, kiri) bersama anggotanya menunjukkan sebahagian dari peralatan pemusnah bom yang biasa digunakan oleh polis ketika ditemui di IPK Terengganu hari ini. - BERNAMA
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas
Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.
Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Yong Peng
Bom lama jenis UXO Aerial Bomb itu diletupkan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 11 pagi.
Sebutir bom lama dijumpai di kawasan rekreasi Sungai Kedondong
Sebutir bom lama dijumpai di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali - Genting Highland, dekat sini pada Rabu lepas.
Bom lama dijumpai di Kepong tidak aktif dan berbahaya - Polis
Pegawai UPB mengesahkan objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM.
Polis musnah bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua
Bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari IPK Negeri Sembilan.
Bom lama ditemui di ladang sawit di Slim River
Polis Daerah Muallim menerima maklumat mengenai penemuan bom itu daripada kira-kira jam 4 petang.
Jumpa bom lama dalam ladang
Pemusnahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Beaufort
Bom itu ditemui sekumpulan pekerja binaan yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.
Bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di Bera
Bom itu dijumpai pada 3.30 petang oleh seorang peneroka semasa membersihkan tanah di belakang rumahnya, yang kemudian menghubungi polis.
Objek disyaki bom lama ditemui di Kampung Pisang bukan bom sebenar - Polis
Objek disyaki bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Kampung Pisang, Simpang Renggam, pada Rabu lalu bukan bom sebenar.