awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh didakwa tawar pelaburan tidak wujud secara dalam talian

Bernama
Bernama
20/12/2024
07:20 MYT
Tujuh didakwa tawar pelaburan tidak wujud secara dalam talian
Pertuduhan mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya. -Gambar hiasan
BALIK PULAU: Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian pada awal bulan ini.

Ringkasan AI
  • Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
  • Mereka didakwa memperdaya mangsa untuk melabur dalam skim Multiply Finance menerusi Facebook dan WhatsApp.
  • Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Bayan Lepas pada 2 Disember lepas.
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh Wong Yu Teng, 26; Lim Yong Aun, 30; Chin Chun Ze, 29; Ong Wye Chun,38; Choo Wee Jen,28; Jeremy Thiah Lae Jin,33, dan Cheong Wymun, 33 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.
Mereka didakwa melakukan pakatan jahat jenayah dengan memperdaya mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan Multiply Finance yang tidak wujud menerusi Facebook dan WhatsApp yang bertentang dengan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Block C-41-08 The Clovers, Lengkok Merbah 3, Taman Sri Bayan, Bayan Lepas pada 10.15 malam 2 Dis lepas.
Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Lushini yang memohon mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bagi setiap seorang tertuduh.
Peguam Pang Chuin Keat yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 bagi setiap tertuduh memandangkan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan tiada rekod jenayah lampau.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap tertuduh sebelum menetapkan 25 Mac 2025 untuk sebutan semula dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pelaburan tidak wujud
#Wong Yu Teng
#Lim Yong Aun
#Chin Chun Ze
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan