awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah Klang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
03/06/2021
03:17 MYT
Tujuh ditahan dalangi sindiket dadah bernilai lebih setengah juta ringgit di Lembah Klang
Polis merampas serbuk MDMA 7.44kg, Pil Ecstasy 450 biji, ganja 15.14 gram dan cecair MDMA 12.15 liter dengan keseluruhan nilai sebanyak RM462,462.85. - Gambar PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu termasuk tiga warga Vietnam dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di ibu kota dan Selangor pada Selasa lalu
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon, suspek terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia antara 23 hingga 32 tahun.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di dua buah kondominium berasingan iaitu di Taman Miharja, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor.
"Hasil pemeriksaan di kondominium terbabit polis merampas serbuk MDMA 7.44kg, Pil Ecstasy 450 biji, ganja 15.14 gram dan cecair MDMA 12.15 liter dengan keseluruhan nilai sebanyak RM462,462.85.
"Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dan Volkswagen Passat serta wang tunai RM4,481. Keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM539,943.85," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, ujian saringan urin mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek juga ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama seminggu bermula 1 Jun.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
"Melalui tangkapan ini pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan dan asing yang dikesan aktif selama empat bulan di sekitar Lembah Klang," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Volkswagen
#Vietnam
#Dadah
#sindiket
#ujian saringan
#polis
#Adnan Azizon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan