awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh jemaah haji Malaysia tidak jalani wukuf

Bernama
Bernama
29/06/2023
02:00 MYT
Tujuh jemaah haji Malaysia tidak jalani wukuf
Datuk Mohd Na'im Mokhtar (kanan) bertanya khabar seorang jemaah haji wanita di pusat rawatan Tabung Haji (TH) di Makkah. - Gambar BERNAMA
MAKKAH: Seramai tujuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia tidak dapat menyempurnakan ibadah wukuf pada Selasa lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, tiga jemaah haji berada di hospital Arab Saudi kerana koma dan empat di pusat rawatan Tabung Haji (TH) Makkah akibat masalah kesihatan mental.
Beliau berkata, dua jemaah haji yang koma disebabkan serangan strok dan seorang lagi akibat radang paru-paru akan terus menerima rawatan di fasiliti kesihatan Arab Saudi sehingga doktor membenarkan mereka pulang ke tanah air.
"Seramai 54 pesakit pula telah dibawa berwukuf di dalam enam bas khas menerusi program Safari Wukuf," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat rawatan TH Makkah di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata, jemaah haji Malaysia kini berada di Mina, kira-kira 6 kilometer dari sini untuk melakukan ibadah melontar di tiga jamrah, iaitu fasa terakhir haji.
Sementara itu, Mohd Na'im sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya menyemak dengan terperinci individu atau syarikat yang melakukan badal haji bagi mengelak ditipu.
"Isu berkaitan badal haji, penipuan ini dah banyak kali dan kita pun dah banyak kali beri peringatan supaya berhati-hati," katanya menambah penipuan badal haji terus berlaku saban tahun berkemungkinan disebabkan sifat rakyat Malaysia yang berhati lembut dan senang mempercayai seseorang sehingga mudah tertipu.
Menurutnya, rakyat boleh menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen oleh TH untuk badal haji berbanding syarikat atau individu tanpa lesen yang memungkinkan berlakunya penipuan.
Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji di tanah suci. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji Malaysia
#jemaah koma di Makkah
#Wukuf
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan