Tujuh kawasan iaitu Shah Alam, Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Tanjung Malim, Sri Aman, Sibu dan Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), secara keseluruhan bacaan IPU di kawasan terbabit sedikit meningkat berbanding pada sebelah pagi, dengan hanya Sibu yang mencatat penurunan daripada bacaan sangat tidak sihat ke tidak sihat.

Setakat pukul 10 pagi, Shah Alam mencatat bacaan (103), Pelabuhan Klang (143) , Kuala Selangor (123), Tanjung Malim (104), Sri Aman (106), Sibu (195) dan Samarahan (103).

Terdapat 40 kawasan lain yang turut mencatat bacaan sederhana antaranya Pasir Gudang (51), Muar (59), Tanah Merah (79) dan Bandaraya Melaka (59).

Hanya lima kawasan mencatat IPU baik seperti iaitu Kota Tinggi (31), Larkin Lama (50), Langkawi (29), Sandakan (37) dan Tawau (46).

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh merujuk ke portal http://apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.