MALAYSIA
Tujuh kenderaan rosak ekoran letupan kedai buah-buahan di Klang

Tujuh kenderaan mengalami kerosakan kecil ekoran satu letupan di setor penyimpanan buah-buahandi Bandar Baru Klang kira-kira 5.21 minit petang Khamis. - Gambar JBPM
KUALA LUMPUR: Tujuh kenderaan mengalami kerosakan kecil berikutan satu letupan di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian pada 5.21 minit petang Khamis.
Menurut Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Klang Utara, Shaharil Mohamad Hassan, berkata sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba menerima panggilan dari orang awam pada petang tadi selepas berlaku letupan di tempat penyimpanan buah-buahan itu," kata Shaharil.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.Hasil siasatan juga mendapati pekerja berada di bahagian hadapan stor tersebut.
“Hasil pemeriksaan pihak bomba juga mendapati impak letupan telah mengakibatkan enam buah kenderaan mengalami kerosakan pada kadar lima peratus ekoran letupan itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.
Selain kenderaan, masjid bersebelahan setor penyimpanan buah-buahan itu turut mengalami kerosakan kecil di bahagian dinding bangunan.
Shaharil turut mengesahkan punca letupan masih dalam siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami