awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh kontena susu tepung dari Ireland, Belanda bernilai RM2 juta dirampas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/11/2020
11:35 MYT
Tujuh kontena susu tepung dari Ireland, Belanda bernilai RM2 juta dirampas
Susu tepung seberat lebih 191 tan itu dirampas semasa pemeriksaan dilakukan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara petang Jumaat.
BUTTERWORTH:Tujuh kontena susu tepung dari Ireland dan Belanda bernilai RM2 juta dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang kerana dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah.
Susu tepung seberat lebih 191 tan itu dirampas semasa pemeriksaan dilakukan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang kira-kira jam. 5.45 petang Jumaat.
Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata 7,660 paket serbuk susu itu didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit import MAQIS.
"Semasa pemeriksaan dilakukan, MAQIS mendapati syarikat berkenaan gagal menunjukkan permit import yang dibenarkan.
"Berikutan itu, susu tepung itu dirampas dan tindakan lanjut akan dikenakan terhadap pemilik dagangan kerana tidak mempunyai permit import yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya.
Zarina berkata, MAQIS memandang serius isu membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.
Katanya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.
Topic Berkaitan
#susu tepung
#maqis
#Ireland
#Belanda
#dirampas
#kontena
#tiada permit import
#dibawa masuk tidak sah
#Zarina Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan