awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh lelaki ditahan dalam sindiket palsukan pasport antarabangsa

Bernama
Bernama
05/12/2014
11:22 MYT
Tujuh lelaki ditahan dalam sindiket palsukan pasport antarabangsa
Polis menemui 17 pasport antarabangsa antaranya Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Myanmar serta cop Jabatan Imigresen Malaysia, cop kedutaan dan peralatan membuat pasport. - Gambar fail
Polis membongkar sindiket memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia setelah menahan tujuh lelaki rakyat asing dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, dekat sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata rumah yang didiami tujuh lelaki yang dipercayai anggota sindiket terbabit diserbu pada pukul 12.50 tengah malam hasil maklumat awam dan risikan.
"Hasil siasatan ke atas empat lelaki Bangladesh, dua Indonesia dan seorang Myanmar itu membawa polis ke sebuah bilik di rumah berkenaan yang dijadikan 'pejabat' untuk menghasilkan pasport antarabangsa palsu.
"Kami menemui 17 pasport antarabangsa antaranya Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Myanmar serta cop Jabatan Imigresen Malaysia, cop kedutaan dan peralatan membuat pasport dalam bilik berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM715 dipercayai sebahagian daripada hasil pengeluaran pasport palsu sindiket berkenaan.
Abdul Rahim berkata sindiket itu beroperasi di rumah berkenaan sejak awal tahun ini dan dipercayai sebelum ini kumpulan terbabit sentiasa berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain.
"Polis percaya tugas tujuh lelaki terbabit yang bekerja di restoran dan kafe di sekitar Bayan Baru itu ialah membantu menghasilkan pasport sebelum menjual kepada pihak tertentu," katanya.
Beliau berkata polis juga telah mengenal pasti dalang sindiket terbabit dan usaha mengesan lelaki rakyat asing itu giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#antarabngsa
#Bangladesh
#Indonesia
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Myanmar
#palsu
#pasport
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan