awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh negeri terjejas banjir, lebih 3,000 mangsa berada di PPS - Nadma

Bernama
Bernama
15/11/2022
11:39 MYT
Tujuh negeri terjejas banjir, lebih 3,000 mangsa berada di PPS - Nadma
3,014 mangsa daripada 932 Ketua Isi Rumah (KIR) ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS). - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tujuh negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah masih terjejas akibat bencana banjir sehingga 12 tengah hari tadi melibatkan 16 daerah, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Dalam kenyataan hari ini, agensi itu memaklumkan 3,014 mangsa daripada 932 Ketua Isi Rumah (KIR) ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) termasuk PPS Sekolah Agama Rakyat, Padang Serai, Manjung, Perak yang dibuka hari ini dengan menempatkan 29 mangsa daripada tujuh keluarga.
"Dua PPS iaitu PPS Masjid Al-Ihsan Kg Changkat Setoi, Kubang Pasu, Kedah dan PPS Sk Gual Sitok Daerah Pasir Mas, Kelantan yang dibuka pada 13 Nov telah ditutup hari ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan enam sungai mencatatkan bacaan aras air di paras bahaya dan menunjukkan peningkatan setakat pukul 4 petang tadi iaitu Sungai Marudi, Miri, Sarawak; Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor; Sungai Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan; Sungai Padang Terap di Kg Kunu, Padang Terap, Kedah; Sungai Junjung di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Menurut kenyataan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan dengan penumpuan angin di barat dan tengah Sarawak yang dijangka berlaku dalam tempoh esok hingga 18 Nov yang menyebabkan peningkatan kelembapan di kawasan berkenaan.
"Keadaan ini berpotensi menghasilkan kejadian ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang terutamanya pada sebelah petang hingga malam," menurut kenyataan itu.
Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan terdapat lima lokasi terkesan banjir, dua lokasi jambatan runtuh, lima lokasi cerun runtuh dan satu lokasi jalan runtuh telah berlaku di sepanjang lima jalan persekutuan dan lapan lokasi jalan negeri sehingga 10 pagi tadi.
Menurutnya semua 13 kejadian bencana itu melibatkan empat lokasi di Kedah, lima di Kelantan, dua (Negeri Sembilan) dan masing-masing satu di Perak serta Terengganu.
Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#NADMA
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan