awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh nelayan ditahan positif dadah

Bernama
Bernama
26/10/2024
15:08 MYT
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Mohd Khairulanuar berkata kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, ADB 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. - Gambar Bernama
JERTIH: Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut di sini awal pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata dua lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing berusia lingkungan 35 hingga 48 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula 12.30 tengah malam tadi hingga 4 pagi.
"Mereka ditahan selepas didapati positif dadah jenis Methamphetamine hasil saringan air kencing yang dilakukan terhadap 23 nelayan dalam operasi itu.
"Serbuan membabitkan dua elemen iaitu elemen darat di sekitar kawasan jeti dan elemen laut meliputi bot nelayan yang berlabuh di jeti tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi tersebut melibatkan 37 anggota daripada APMM Terengganu dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta dua aset laut.
Mohd Khairulanuar berkata kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Beliau berkata dua nelayan tempatan yang ditahan telah diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut sementara nelayan asing diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM.
"Pihak kami tidak menolak kemungkinan ada pembekal (dadah) yang menyasarkan golongan nelayan sebagai pelanggan utama mereka, oleh itu operasi berterusan akan dilaksanakan bagi mengekang isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#APMM
#warga asing
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan