awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh pelajar cedera bas sekolah terlibat kemalangan dengan lori

Bernama
Bernama
14/05/2018
03:50 MYT
Tujuh pelajar cedera bas sekolah terlibat kemalangan dengan lori
Lori terbabit datang dari arah bertentangan iaitu dari Bandar Penawar menuju ke Kota Tinggi dan pemandunya pula tidak mengalami kecederaan. - Gambar hiasan
Tujuh pelajar lelaki cedera selepas bas sekolah dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Felda Air Tawar 2, dekat Kota Tinggi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kemalangan berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika bas berkenaan dari Felda Air Tawar 3 sedang membawa kesemua pelajar tersebut ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar di Felda Air Tawar 2.
"Tiada kemalangan jiwa. Hanya tujuh pelajar lelaki cedera ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahsmon berkata selain pelajar, pemandu bas sekolah turut cedera ringan.
Katanya kesemua mangsa kemudian dirawat di Hospital Kota Tinggi dan Klinik Felda Air Tawar 2.
Difahamkan, lori terbabit datang dari arah bertentangan iaitu dari Bandar Penawar menuju ke Kota Tinggi dan pemandunya pula tidak mengalami kecederaan.
Ahsmon berkata siasatan lanjut mengenai kemalangan terbabit sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas sekolah
#Felda Air Tawar 2
#kemalangan
#Kota Tinggi
#Lori
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan