awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh termasuk CEO direman kerana rasuah

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
11/01/2019
07:16 MYT
Tujuh termasuk CEO direman kerana rasuah
Suspek yang memakai jingga diiringi pegawai SPRM selepas direman empat hari bermula hari ini. -Astro AWANI
Empat pegawai kanan, termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) berpangkat Datuk, sebuah syarikat pengurusan air di sini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan, Humaira KM Haider di Kompleks Mahkamah Kuantan ke atas suspek yang berusia antara antara 30-an dan 60 tahun itu.
Turut direman mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu adalah tiga kontraktor yang dikatakan terbabit dalam kes itu.
Kesemua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga sebelum itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada pukul 9.20 pagi dan keluar lebih sejam kemudian diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
CEO berkenaan dan seorang lagi pegawai kanan syarikat itu diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar manakala yang lain tidak diwakili peguam.
Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dikenali ‘Op Cuci’ yang dilaksanakan SPRM semalam.
Media semalam melaporkan kegiatan pegawai kanan itu sudah berjalan sejak 2014 lagi dan sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, projek-projek yang dikeluarkan badan negeri itu dimonopoli dan dikawal oleh seorang kontraktor.
Projek itu dimonopoli lapan syarikat, namun syarikat itu disyaki dikawal oleh kontraktor berkenaan yang dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pegawai kanan termasuk CEO berkenaan.
Topic Berkaitan
#CEO
#Rasuah
#salah guna kuasa
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Syed Azimal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan