awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/10/2022
04:15 MYT
Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi pertuduhan membunuh seorang wanita, awal Oktober lepas. - Foto BERNAMA
IPOH: Seorang tukang gunting rambut didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya dijumpai dalam kawasan semak di Tambun, minggu lalu.
Tertuduh, M Krishnaa Kumar, 24, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian M. Shankavi, 23, dalam kawasan semak berhampiran tepi Jalan Besar Tambun dalam daerah Kinta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3.11 pagi, 8 Oktober hingga 5.25 pagi, 12 Oktober lalu.
BACA: Siasat kemalangan, jumpa mayat reput
Mahkamah | Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd. Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Jesseca menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.
Bedah Siasat | Mayat reput dipercayai mangsa bunuh
Pada 12 Oktober lalu, media melaporkan bau busuk di lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabas di kiri jalan membawa kepada penemuan mayat wanita hampir reput di kawasan semak.
Hasil bedah siasat ke atas mayat tanpa identiti itu mendapati punca kematian akibat dicekik.
Tertuduh kemudiannya ditangkap sehari selepas mayat wanita itu ditemui.
Topic Berkaitan
#bunuh teman wanita
#mayat dalam semak
#bunuh Tambun
#M Krishnaa Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan