awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang kebun didakwa bunuh jaga sekolah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/10/2023
04:00 MYT
Tukang kebun didakwa bunuh jaga sekolah
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh. - Astro AWANI
IPOH: Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas tuduhan membunuh pengawal keselamatan sekolah yang sama, minggu lepas.
Tertuduh K R Ravinderan, 55, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Faizal Asri, 43.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam pondok pengawal SJK(C) Seri Botani, Simpang Pulai Ipoh, antara jam 3 petang hingga 8 malam, 13 Oktober lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan kimia dan perubatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern manakala tertuduh diwakili Peguam Hanifatinnasikha Mod Dimiyati.
Pada 15 Oktober lalu, media melaporkan pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bandar Seri Botani maut dipercayai dibunuh tukang kebun sekolah sama.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian pada 3.34 pagi dengan mangsa berusia 43 tahun ditemui tidak sedarkan diri, bersandar di dinding pondok pengawal sekolah itu.
Topic Berkaitan
#tukang kebun
#pengawal keselamatan
#bunuh
#mahkamah majistret ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan