awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis

Bernama
Bernama
14/02/2025
10:30 MYT
Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis
Seorang tukang masak rugi RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis sejak Januari lepas. - Foto hiasan
TELUK INTAN: Seorang tukang masak rugi RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis sejak Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa, seorang wanita berusia 46 tahun, membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu pada 5 Feb lepas.
Beliau berkata mangsa menerima panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki berpakaian seragam polis pada 25 Jan lepas dan menuduh wanita berkenaan terlibat dalam kes penggubahan wang haram.
"Mangsa kemudiannya dihubungi seorang lagi individu yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor polis yang menyatakan siasatan memerlukan bayaran sebanyak RM20,000.
"Selepas itu, mangsa bercakap dengan seorang lagi individu menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang meyakinkan bahawa wang itu akan dipulangkan selepas siasatan selesai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Ahmad Adnan berkata mangsa memasukkan wang tunai sebanyak RM20,000 secara berperingkat ke dalam sebuah akaun bank pada 31 Jan lepas dan mangsa diarahkan oleh suspek untuk memusnahkan bukti transaksi berkenaan.
"Setelah diberitahu bahawa kes telah 'selesai', mangsa diminta membuat bayaran tambahan untuk proses ikat jamin, namun mangsa tidak meneruskan pembayaran dan mula menyedari telah ditipu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Adnan berkata seorang pesara guru turut mengalami kerugian sebanyak RM64,218 kerana terpedaya dengan taktik penipuan atas talian yang menawarkan cabutan bertuah kononnya dianjurkan sebuah bank tempatan menerusi laman sosial Facebook.
Beliau berkata wanita berusia 53 tahun itu membuat laporan polis selepas menyedari dirinya telah diperdaya oleh sindiket berkenaan pada Isnin lepas.
Seterusnya Ahmad Adnan berkata mangsa telah memasukkan maklumat peribadi dan butiran akaun bank termasuk nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan butiran log masuk ke aplikasi bank berkenaan.
"Setelah membuat semakan di bank, didapati wang di dalam akaun milik mangsa telah berkurangan dan pihak bank mengesan sebanyak 21 transaksi pemindahan wang ke dalam 16 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM64,218.
"Pihak bank telah mengambil tindakan segera membekukan akaun bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan wang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang masak
#rugi
#panggilan video
#menyamar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan