Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mahu rakyat di negara ini membudayakan amalan menjaga kebersihan dengan mengitar semula sampah untuk menjadi sumber pendapatan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, melalui program 'redemption' atau penebusan, setiap bahan sisa buangan di rumah boleh dijadikan sebagai janaan kewangan di mana pihaknya akan memberi mata ganjaran berbentuk wang tunai atau barangan keperluan harian.
Katanya, langkah itu selaras dengan konsep 'waste to energy' (WTE) yang dijalankan pihaknya dalam menjayakan impian membersihkan longgokan sampah yang disifatkan 'luar biasa' di negara ini.
Pada masa sama, KPKT menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu loji WTE atau loji sisa kepada tenaga menjelang akhir 2020.
"Kita tingkatkan program-program kitar semula, yang mana sampah itu dijadikan duit. Jadi, program-program penebusan kita memang banyak. Kita kutip plastik, kita kutip kertas, sisa minyak dan sisa makanan.
"Program ini akan memberikan pendapatan kepada orang awam kerana setiap sampah atau kertas atau sisa makanan yang mereka kutip akan diberikan mata ganjaran. Selepas itu, ia ditukar kepada pemulangan penebusan untuk mendapat barangan dapur atau duit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Iftar Perdana Ramadan KPKT anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT di Dewan Hakka, di sini, malam ini.
Mengulas lanjut mengenai program penebusan sampah itu, Zuraida berkata, ia sudah dilaksanakan secara aktif di Semenanjung dan berharap akan digerakkan secara menyeluruh di negeri Sabah dalam tempoh terdekat.
"Dengan adanya pengerak-pengerak dasar komuniti negara ini, saya harap mereka boleh buat program-program kitar semula ini dan menjana pendapatan, dalam masa sama menjadikan Sabah lebih bersih," katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan, Zuraida turut berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada golongan ibu tunggal bagi mengurangkan beban menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Ruzaini Zulkepli
Wed May 22 2019
Zuraida ketika menghadiri Iftar Perdana Ramadan KPKT anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT di Dewan Hakka, Kota Kinabalu, pada Rabu. - Astro AWANI
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Tiga pegawai KPKT di PPR bantu tingkat kesedaran kebersihan - Zuraida
Pegawai berkenaan akan membantu serta memantau sekretariat berkenaan dalam melatih penduduk PPR tentang pentingnya program pengasingan sampah dan menjana pendapatan sampingan.
Tiada perbincangan politik - Zuraida
Pertemuan di kediaman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari jam 8 malam tadi adalah bertujuan memberikan penerangan berkaitan Dasar Komuniti Negara.
Sekretariat Muafakat Komuniti lahirkan sikap positif masyarakat- Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata PPR Lembah Subang 2 merupakan projek perintis kepada program berkenaan.