KUALA LUMPUR:Seorang ahli perniagaan, Mohd Hussein Mohd Nasir dipenjara seminggu dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menipu seorang pengarah syarikat kononnya dapat membantu menukar seksyen kesalahan kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun lepas.
Hakim Azura Alwi turut menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap seorang lagi tertuduh, Razaly Mat Sari selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan sama dan mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mohd Hussein, 52, dan Razaly, 55, didakwa bersama-sama menipu dan memperdaya Norazman Mohd Nor, 50, kononnya mereka boleh membantu menukarkan seksyen kesalahan kes siasatan SPRM ke atas Norazman daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kepada Seksyen 25 (1) akta sama, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM40,000 di sebuah lobi hotel di Putrajaya pada 4.10 petang, 16 Dis tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Adha Amin dan Fahmi Abd Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman minimum atau alasan anak guam mereka adalah penanggung tunggal keluarga selain kedua-duanya menghidap penyakit asma kronik.
Kedua-dua peguam itu turut memaklumkan Mohd Hussein dan Razaly memberi kerjasama penuh ketika ditahan reman selama tujuh hari oleh SPRM dan akan menjadi saksi pendakwaan selain berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa selepas ini.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon hukuman setimpal memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan dasar awam kerana ia mencerminkan seolah-olah jabatan kerajaan boleh dirasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Mohd Hussein dan Razaly didakwa bersama-sama menipu dan memperdaya Norazman, kononnya mereka boleh membantu menukarkan seksyen kesalahan kes siasatan SPRM daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kepada Seksyen 25 (1) akta sama. - Gambar hiasan

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Keputusan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah 12 Mac
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Permohonan lucut hak RM677,872.55 milik UMNO Johor ditolak
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon, terhadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebagai responden.

Penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu kepada JAINJ
Norazah Abdul Aziz, 49, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Abdul Kamal Arifin Ismail.

Saman fitnah: Prosiding ganti rugi Guan Eng didengar 14 April
Saman itu difailkan Guan Eng berhubung penerbitan artikel membabitkan dakwaan rasuah terhadapnya dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Ketirisan RM3.1 juta: Tujuh petugas kaunter JPJ direman
Kesemua kakitangan berkenaan dilaporkan ditahan antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari semalam dan dipercayai bertugas di JPJ Johor Bahru di Taman Daya.

SPRM tahan tujuh kakitangan JPJ Johor atas dakwaan salah guna kuasa
Mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang berusia antara 27 hingga 42 tahun yang bertugas di JPJ Johor.

SPRM buru individu kes pemalsuan dokumen, menyamar sebagai pegawai kanan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang giat memburu seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen serta penyaraman sebagai pegawai kanan SRPM.

Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti
Rakaman audio "Can I advise you on something" diterima untuk menjadi bukti dalam pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusi syarikat ditahan disyaki beri rasuah untuk dapat projek RM110 juta
Suspek berusia 67 tahun itu direman tiga hari selepas disyaki terlibat dalam pemberian rasuah bagi mendapatkan projek bernilai RM110 juta.

SPRM sah tahan timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik
SPRM turut menahan dua pengarah syarikat dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh, semalam.