BATU PAHAT: Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di sini pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata perkara tersebut disahkan Jabatan Kimia Johor melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Ujian berkenaan mendapati ia sepadan dengan tulang yang ditemui semasa awal proses siasatan kes pembunuhan Bella.
"Pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru telah dimaklumkan berkaitan keputusan itu bagi membolehkan waris Bella menuntut tulang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, kakak arwah Bella, Norhisham Samsusah ketika dihubungi menzahirkan kesyukuran kerana tulang arwah adiknya itu dapat disatukan kembali dengan anggota tubuhnya yang lain.
Menurutnya tulang yang telah dituntut itu selamat dikebumikan di kubur arwah Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya di sini pada 1 tengah hari tadi.
"Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat untuk menuntut tulang itu semalam (Jumaat). Alhamdulillah akhirnya tulang Bella selamat dikebumikan," katanya.
Pada 24 Jan lepas teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh wanita itu antara 11 malam, 14 Dis hingga 5.30 pagi, 15 Dis lepas di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga hingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 19 Jan lepas polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.
Ibu tunggal dua anak berusia 32 tahun itu dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam, 14 Dis dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran dan gagal dihubungi sejak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Lokasi penemuan tulang manusia berdekatan rumah sewa terbiar di Tongkang Pechah yang ditemui pada minggu lalu. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Polis tingkat kawalan di premis kerajaan, tempat tumpuan awam
PDRM memandang serius isu serangan dan ancaman yang berlaku di tempat awam, termasuk di beberapa lokasi sensitif dan premis kerajaan.
4 individu mengaku bersalah datangkan bahaya masak mi segera
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH
BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.
AWANI Borneo [21/05/2024] – Pasca mesyuarat Kabinet | Kebakaran terkawal | Tiada pemindahan
Awani Borneo Selasa, 21 Mei 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.
Pertembungan air pasang & hujan lebat punca baram dinaiki air
Pertembungan air pasang besar dan hujan lebat berterusan menjadi punca Kampung Long Bemang di kawasan Baram, Sarawak dinaiki air sejak Isnin.
Guru besar & kontraktor berdepan empat pertuduhan
Seorang guru besar dan seorang kontraktor dihadapkan di mahkamah khas rasuah Kota Kinabalu pada Selasa atas dakwaan menuntut pembayaran dengan mengemukakan dokumen palsu di salah sebuah sekolah rendah di Sabah.
Autonomi pendidikan mampu atasi kekurangan guru di Sarawak
Langkah serius Sarawak untuk menuntut hak daripada kerajaan persekutuan khususnya dalam autonomi pendidikan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mampu mengatasi masalah kekurangan guru.
Sesi persekolahan tidak terjejas, situasi dikawal bomba
Operasi dan aktiviti sekolah yang tidak jauh daripada kebakaran hutan di Bukit Sim-Sim, Sandakan berjalan seperti biasa kerana kebakaran yang dilaporkan berlaku sejak Sabtu lalu terkawal.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.