IPOH: Gerai yang terbabit dalam video tular kemalangan antara bas dan motosikal di Taman Klebang Putra, di sini Isnin lalu, sudah beberapa kali dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, menjelaskan peniaga terbabit bagaimanapun berdegil dan tetap meneruskan perniagaan di kawasan berkenaan.
"Peniaga tepi jalan dengan khemah sementara itu tidak dilesenkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Dia (peniaga gerai) pun memang sudah dua kali pihak MBI kenakan tindakan, tetapi dia tetap berniaga di situ.
"Mereka merupakan peniaga tanpa lesen dan diakui memang di bandar raya Ipoh ini banyak. Sebenarnya MBI ada beri pertimbangan memandangkan pandemik COVID-19 melanda sebelum ini... ada rasa ihsan dan belas kasihan.
"Tetapi jika kawasan ini benar-benar beri ancaman dan risiko, memang kita ambil tindakan sewajarnya," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.
Beliau berkata, semalam pihaknya menyita lima gerai di kawasan terbabit dengan dua penjaja diberikan kompaun, selain 20 notis dikeluarkan supaya mereka merobohkan gerai.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan memaklumkan, pihaknya menerima laporan kes kemalangan membabitkan sebuah bas dan motosikal di situ pada Isnin lalu.
Katanya, dua lelaki cedera setelah motosikal mereka dirempuh bas dari arah belakang.
Bagaimanapun, pemandu dan tiga lagi penumpang bas yang merupakan pelajar sekolah tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan mendapati pemandu bas berusia 59 tahun itu dari SMK Tasek Damai menghala ke Klebang Restu untuk menghantar penumpang.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, bas tersebut mengalami kerosakan pada stereng dan cuba brek, namun hilang kawalan lalu terlanggar penunggang serta pembonceng motosikal.
"Ketika itu mereka sedang berhenti di bahu jalan belah kiri untuk membeli makanan di gerai tersebut," katanya ketika dihubungi.
Yahaya berkata, punca kemalangan disebabkan bas mengalami kerosakan pada stereng.
Jelasnya lagi kes diklasifikasi mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Aida Aziz
Thu Dec 14 2023
Penguat kuasa MBI menyita gerai di tepi jalan di Taman Klebang Putra, Ipoh (gambar kiri). Tangkap layar video tular kejadian bas merempuh motosikal di kawasan itu (kanan).
Jambatan Marudi bantu jana sosioekonomi penduduk Marudi
Jambatan Marudi yang siap September 2024 jamin konektiviti dan dapat tingkat taraf hidup penduduk selain jana ekonomi.
Pembinaan jambatan konkrit jadi "game changer" kepada Marudi
Timbalan Premier yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Marudi akan mempermudahkan segala urusan, termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan.
'Buat kacau, conteng baju habis SPM'
Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran (SPM)ditahan polis.
Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Majlis Perasmian Sukan SEA 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak di Kuching.
Polis Marin rampas mercun bernilai RM21 juta
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Limbang merampas pelbagai jenama mercun dianggarkan bernilai RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas.
Penyelesaian masalah bekalan elektrik segera
Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Batu 14 Apas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang bertemu penduduk di kawasan berkenaan memberi jaminan akan melihat kepada perkara itu dan akan cari jalan penyelesaian segera.
Penduduk Kampung Batu 14 Apas rayu bekalan elektrik
Penduduk Batu 14, Jalan Apas Tawau rayu bekalan elektrik yang sah di perkampungan mereka.
Lebih seribu penduduk ditempatkan di dua PPS di Pitas
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan lebih seribu mangsa terjejas di dua daerah dengan Pitas paling teruk terjejas.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.