SHAH ALAM: Tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu.
Individu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan 'selamat' jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.
Malah, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera.
Menurut mesej yang tular itu, pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera dan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum MySejahtera pembeli dikemas kini dengan sijil tersebut.
Individu itu juga mendakwa, MySejahtera pembeli akan dikemas kini sehingga dos yang disyorkan selain turut akan menerima kemas kini dos penggalak.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Jan 09 2022

Mesej yang tular mendakwa boleh menyediakan atau membuat sijil digital vaksin dalam MySejahtera dengan bayaran sebanyak RM2,500 bagi setiap individu. - Foto Sinar Harian

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh kedalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Di Pulau Pinang, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Rasuah | Warga Bangladesh dipenjara sehari, denda RM10,000
Pemilik premis perniagaan warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman satu hari penjara serta didenda RM10,000. Setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu kerana memberi rasuah RM250 kepada seorang ejen kerajaan, Januari lalu.

Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu. Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Integriti halal: Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai Jakim
PEKEMAS gesa penggantungan serta merta SICHMA susulan pendedahan isu pelanggaran protokol halal di rumah penyembelihan di Australia.

Sarawak pinda definisi tanah wujudkan kuasa khas kawal ruangan udara di atas tanah negeri
Sarawak akan meminda definisi tanah agar istilah berkanun untuk terma tanah di dalam Rang Undang-Undnag (RUU) Kanun Tanah.

Alam Sekitar | Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim
Kerajaan Sarawak akan menggubal dasar perubahan iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12.

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Isu Kanabis, Hem | Ramai pesakit guna untuk perubatan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengiktiraf ramai pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Menurut Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pesakit berkenaan bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Dasar Luar China | Malaysia perlu pelajari pembangunan ekonomi China
Dasar luar China yang kini berubah kepada apa yang disifatkan oleh media barat sebagai dasar luar agresif menimbulkan kegusaran implikasinya terhadap negara-negara Asia Tenggara. Bagaimanapun menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan), Help Universiti, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, apa yang penting adalah Malaysia perlu mempelajari pembangunan ekonomi di republik itu.

HFMD: PKD tentukan penutupan tadika, taska dan pusat asuhan - Khairy
Penilaian awal akan dibuat oleh PKD sekiranya mengesan penularan wabak berkenaan sebelum mengeluarkan arahan penutupan.

MKN sarankan pengguna kemas kini MySejahtera dengan kadar segera
Orang ramai disarankan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan kadar segera.

Ciri baharu MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit - Khairy
Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

MySejahtera perkenal ciri baharu kesan lokasi penyakit HFMD - Khairy
Aplikasi MySejahtera kini dikemaskini dengan ciri tambahan yang baharu bagi mengesan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Kelonggaran SOP: Rakyat pilih kekal pakai pelitup muka, imbas MySejahtera
Tinjauan di beberapa negeri mendapati kebanyakan masyarakat masih kekal mengamalkan SOP yang dilaksanakan sebelum ini.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.

Pemilik premis disaran semak status risiko COVID-19 pengunjung
Pemilik premis, terutama di tempat berisiko tinggi seperti restoran disaran menyemak status risiko COVID-19 pengunjung menerusi aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Tiada lagi imbasan MySejahtera di sekolah, pelitup muka ada pengecualian tertentu - Radzi Jidin
Pemakaian pelitup muka masih wajib dalam ruangan tertutup, namun terdapat pengecualian tertentu, termasuk guru yang mengajar di dalam kelas.

Bermula 1 Mei, MySejahtera tidak lagi wajib tetapi digalakkan - Khairy
Kesemua individu yang mempunyai aplikasi berkenaan, disaran mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

Isu MySejahtera: PAC akan bentang laporan di Dewan Rakyat pada Julai ini
PAC akan membentangkan laporannya berhubung prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Dewan Rakyat pada minggu pertama persidangan Parlimen, Julai ini.