IPOH: Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis semalam berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah 19 tahun lepas dalam konteks yang salah.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata laporan itu dibuat kerana dipercayai ada pihak yang memilih mahu menghidupkan bara perkauman dan keagamaan, hingga mengaitkan secara luar konteks titah yang dizahirkan oleh Raja Nazrin Shah pada 2005.
"Demi melindungi nama baik DYMM Paduka Seri Sultan Perak daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak untuk memenuhi agenda tersurat dan tersirat mereka, Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah membuat laporan polis pada 28 Mac 2024," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Dr Mohd Zahidi, baginda khuatir perbuatan tidak beretika mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dengan mengaitkan secara luar konteks titah yang pernah baginda zahirkan atas nama Raja Muda Perak, sembilan belas tahun lalu, sebagai perbuatan menangguk di air keruk yang tidak bertanggungjawab, membawa kesan langsung yang boleh menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.
Sebelum ini, telah ditular mesej menerusi aplikasi 'whatsapp' atas nama 'Amanah Membina Negara' yang menggunakan petikan titah Sultan Nazrin semasa menjadi Raja Muda Perak di Kongres Pendidikan Melayu Kedua yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2005 dalam konteks yang salah.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Zahidi berkata dalam titah tersebut baginda menzahirkan kupasan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan dan kekuatan bangsa Melayu dan pentingnya bangsa bersifat merdeka dan dimerdekakan jiwa, dibebaskan minda, diperkaya dengan nilai-nilai positif, bebas mendaki puncak pengetahuan, bebas menyelami lautan ilmu serta dibina keyakinan bangsa.
"Baginda menegaskan agama, pemimpin, keluarga, masyarakat serta ilmu dan pendidikan mempunyai peranan kuat dalam budaya masyarakat Melayu. Baginda memperingatkan agar bangsa perlu berwaspada supaya tidak terlalu cepat terperangkap dan begitu mudah mengulangi ungkapan-ungkapan negatif yang merendahkan martabat.
"Sepanjang titah, Baginda tidak sama sekali mengait atau menzahirkan ungkitan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zahidi berkata Sultan Nazrin Shah telah disembah maklum oleh Poils Diraja Malaysia mengenai kejadian melempar bom petrol ke dalam sebuah kedai serbaneka di Bidor.
"Baginda menyifatkan perbuatan permulaan yang berlaku ini merupakan petanda yang membimbangkan dan hendaklah diberikan perhatian serius melalui tindakan tegas agar api perkauman segera dibendung daripada merebak lebih luas.
"Baginda mempercayai majoriti rakyat Malaysia, bersikap sikap rasional, moderat dan mengutamakan hubungan harmoni dan keamanan.
"Sultan Nazrin Shah juga memberi jaminan untuk memberi naungan dan lindungan kepada setiap rakyat di negara ini daripada pelbagai kaum dan menganut pelbagai agama, secara adil dan saksama agar dapat terus hidup dalam rukun dan damai sama-sama membina dan membangunkan negara yang aman lagi makmur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Laporan polis dibuat kerana dipercayai ada pihak yang memilih mahu menghidupkan bara perkauman dan keagamaan, hingga mengaitkan secara luar konteks titah yang dizahirkan oleh Raja Nazrin Shah pada 2005. - Gambar fail/Bernama
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.