Tular virus berbahaya, warga Sibu jangan panik, tunggu kenyataan rasmi
Rohana Wahed
Mei 28, 2018 03:15 MYT
Mei 28, 2018 03:15 MYT
Kes seorang pesakit dipercayai dijangkiti virus berbahaya selepas pulang dari Afrika telah menjadi tular dan menimbulkan keadaan panik warga Sibu.
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) yang dihubungi memaklumkan, pihaknya masih membuat siasatan rapi dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.
Susulan itu, Hospital Sibu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemasukan seorang pesakit semalam, yang dikhuatiri membawa virus berbahaya.
Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.
Bagaimanapun, penduduk di bandar Sibu dinasihatkan tidak panik memandangkan belum ada pengesahan dan kenyataan lanjut daripada Pengarah Kesihatan Negeri.
JKNS juga sedang menyiasat berhubung punca pengedaran foto melibatkan kakitangan dan ambulans, counter triage dan bilik saringan hospital yang telah mencetus panik penduduk.