MASALAH yang dialami berkaitan penguatkuasaan perlu diatasi untuk mengekang kenaikan harga barang.
Pengerusi Kumpulan dan Pakar Cukai, Axelasia Inc, Dr Veerinderjeet Singh berkata kekurangan langkah penguatkuasaan semasa tempoh pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan perniagaan mengambil kesempatan menaikkan harga.
"Kita lihat wujud kelemahan GST dari segi penguatkuasaan dalam menyelesaikan masalah, khususnya bagi pembayaran balik, yang mengambil masa yang panjang, sepatutnya ia perlu dibuat dalam tempoh 14 hari.
"Kelewatan itu menyebabkan pengilang terperangkap dalam kos yang mendorong mereka menaikkan harga. Mereka memberi faktor bahawa telah kehilangan nilai dari segi wang yang telah ditanggung," katanya kepada pemberita selepas Seminar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata faktor kelewatan pembayaran balik mungkin disebabkan kekurangan kepercayaan antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan peniaga berdaftar, memandangkan JKDM 'mahu mengaudit setiap perkara', yang sebaliknya tidak dijalankan di negara lain.
Isu lain berkaitan GST ialah pihak berkuasa bagi cukai tidak langsung adalah JKDM namun penguatkuasaan dijalankan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang gagal dalam melaksanakan Akta Anti-Pencatutan, katanya.
Veerinderjeet berkata kenaikan harga berlaku bukan hanya disebabkan GST malah faktor lain seperti kos logistik memandangkan harga bahan api petroleum turut meningkat.
Bagaimanapun, dengan bahan api yang kini diberi subsidi, maka kenaikan harga barang adalah tidak wajar, katanya.
"Kementerian-kementerian perlu lebih serius dalam menangani isu ini, selain lebih peka terhadap peningkatan harga yang tidak sepatutnya dengan menempatkan pegawai yang cekap dalam amalan perakaunan.
"Mungkin Akta Anti-Pencatutan perlu dipinda, sekiranya ia sukar untuk dikuatkuasakan dan mewujudkan kesulitan. Bagaimanapun tiada percubaan untuk memindanya, maka masalah ini akan terus berlaku dalam pelaksanaan SST," katanya.
Beliau berkata, sebagai contoh semasa tempoh tanpa cukai antara Jun dan Ogos, apabila harga tidak turun secara ketara, ia jelas menunjukkan hasil penguatkuasaan yang teruk.
Veerinderjeet turut mengingatkan, harga bagi barangan tertentu akan menjadi lebih tinggi selepas pelaksanaan SST pada September memandangkan kadar bagi item berkenaan akan menjadi 10 peratus berbanding enam peratus mengikut GST.
Beliau berkata, bagaimanpun secara amnya, harga barangan dan perkhidmatan akan menajdi lebih rendah susulan SST hanya merangkumi 38 peratus daripada Indeks Harga Pengguna berbanding 60 peratus mengikut GST.
Oleh yang demikian, beliau mencadangkan perlunya pengawasan awam memandangkan pemantauan kenaikan harga sewajarnya tidak dijalankan pihak berkuasa disebabkan kekurangan sumber.
"Kementerian berkenaan perlu mengemukakan senarai perbandingan harga selepas pelaksanaan SST seperti yang dilakukan apabila GST diperkenalkan. Perbandingan itu seharusnya dibuat dengan Mei kerana harga sewaktu bulan itu adalah termasuk GST dan dibandingkan dengan harga pada September," katanya.
Sementara itu, mengenai langkah untuk melaksanakan semula SST, Veerinderjeet menyifatkannya sebagai satu langkah yang terkebelakang.
"Terdapat beberapa negara Afrika yang kembali kepada sistem lama sewaktu ketika peringkat awal (pelaksanaan GST) disebabkan tahap pemahaman, tetapi Malaysia satu-satunya negara yang berbuat demikian selepas beberapa tahun melaksanakannya. Jadi, ini adalah satu langkah yang terkebelakang," katanya.
Beliau berkata sekiranya kerajaan berpandangan ia adalah kemahuan rakyat kerana mereka tidak memahami GST, maka pelaksanaan semula SST itu adalah wajar, namun tahap pemahaman dalam negara ini sebaliknya adalah baik.
Beliau menasihatkan para peniaga supaya tidak menghapuskan sistem GST yang telah dilengkapkan dengan sistem mereka memandangkan ia mungkin bermanfaat pada masa depan, kerana konsep itu masih merupakan satu-satutnya yang cekap, dan mungkin menjadi sistem yang akan diguna pakai Malaysia pada tempoh akan datang.
Veerinderjeet berkata, walaupun rakyat tidak gembira dengan kos sara hidup, namun negara memerlukan hasil dan ia menjadi cabaran kepada kerajaan untuk membuat perubahan dengan SST.
"Kerajaan baharu perlu melihat aspek yang lebih luas daripada hanya tertumpu untuk menepati agenda manifesto pilihan raya.
"Kekalkan GST namun pada kadar lebih rendah, mungkin sekitar tiga hingga empat peratus selain melaksanakan usaha mendidik dan menguatkuasakan dengan baik. Itulah yang boleh menjadi caranya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018
Penguatkuasaan adalah usaha yang perlu diperkasakan supaya perniagaan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Tumpu tindakan penguatkuasaan untuk kekang kenaikan harga - Pakar cukai
Kekurangan langkah penguatkuasaan semasa tempoh pelaksanaan GST menyebabkan perniagaan mengambil kesempatan menaikkan harga.