PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,009 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini mencecah 36,434 kes.

Berikut lima tumpuan utama pada sidang media KKM pada hari ini.

1. 1,009 kes baharu direkodkan.

2. Sebanyak enam kes kematian baharu dilaporkan.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 10,503 kes.

4. 78 kes sedang dirawat di ICU, 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5. KKM kesan lima lagi kluster baharu.